A Cup Of Mocha





SECAWAN MOCHA 1



Sejak peristiwa hari itu...Aku tidak lagi terserempak dengannya.Aku sedih,kecewa,malah takut untuk berhadapan dengannya.Malangnya,dia berada di kelas sebelah dengan kelas aku.Bila waktu rehat,dia pasti masuk ke kelas aku kerana ramai kawan-kawan aku yang rapat dengan dia.Aku...dulu...pernah la jugak rapat dengannya.Tapi,sejak aku menaruh hati terhadap dia,aku dah tak pernah lagi bercakap dengan dia.Apatah lagi sekarang .Hati aku bertambah berkecamuk apabila melihat dia mengajak sahabat karib aku bercouple.
            Aku menenangkan fikiran.Hanya Mocca sahaja mampu buat aku tenang.Minum secawan sahaja aku mampu melupakan kesedihan aku.Biasanya aku akan ke StarBuck di bandar,sejak StarBuck mula bertapak di kawasan tempat tinggal aku,jimatlah sikit duit aku.Nak lagi feeling aku akan pasang Ipod video aku.Tengah sesedap aku melayan perasaan aku,seorang mamat yang paras rupanya ada kelas la jugak menghantar pesanan aku.Kemudian dia memberikan senyumannya kapada aku.'WuuuWeeek...!!!!!'Aku tak senyum,tetiba dia senyum dekat aku.
            "Saya nak secawan Mocca panas."
            Ada satu suara yang aku agak kenal.Bunyi tapak kasut dari belakang seolah-olah sedang menuju menghampiri aku.Aku berasa sedikit berdebar.
            "Raisya..."
            Aku mendongak.Darwish seraya duduk di hadapan aku sebelum aku pelawanya duduk.Nak aku pelawa?Jangan harap...Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan ke tempat lain.
            "Mana Putri?Dia tak ikut kau ker...?"
            Aku diam.Aku dah bertekad dalam hati aku,aku takkan cakap,pandang mahupun berbual dengan Darwish.Terdengar bunyi sudu terjatuh.'Alamak...Nak ambil atau taknak....Argh...Biarkan je la..'Darwish dengan rela hati mengambilkan sudu aku yang terjatuh.
            "Bang.....Tolong tukar sudu baru."
            Aku masih diam.
            "Kau memang suka ker minum Mocca?Aku suka...Dulu aku selalu jugak pergi StarBuck kat bandar semata-mata nak minum Mocca.Sekarang dah dekat,tak payah pergi jauh-jauh."
            Dia pun suka minum Mocca ker...Hehe..sama la dengan aku...Eh..apasal aku pikir benda tu?Tak...tak....Aku cepat-cepat menggelengkan kepala aku.
            "Tak suka...?Tapi kenapa pesan air tu....kalau kau tak suka...bagi aku je la."
            Darwish tersalah anggap dengan perbuatan aku tadi.Dengan pantas dia mengambil air Mocca aku lalu dihirupnya sehingga habis.Apa..???!Habis....?!!!!!Ar....Duit aku...Mocca aku....Sekali lagi hati aku berkecamuk.Aku dah tak tahan...Aku terus bangun dan terus keluar dari StarBuck.
            Aku berjalan dengan pantas.Takut-takut dia akan mengejar aku.Aku menoleh ke belakang.Dia tiada....Fuh....Aku memandang jam tangan aku.Baru pukul 4.30 petang.Masih terlalu awal untuk pulang ke rumah.Hem...Apa kata aku lepak dulu dekat taman.Walaupun aku tak pernah lepak dekat taman permainan di blakang deretan kedai yg bru dibina,tapi tak salah kalau aku cuba lepak dekat situ.Er...Risz pernah bagi tau aku dekat situ tempat larangan.Pelajar sekolah menengah tak boleh lepak dekat situ.Ah...lantaklah...Tempat tu kerajaan yang buat.So...aku pun ada hak jugak kat tempat tu.
            Tiba di sana,suasana terlalu sunyi.Tiada seorang pun yang kelihatan.Terdapat dinding yang diconteng dengan lukisan grafiti.Aku sedikit tertarik.Permainan rekreasi yang terdapat di situ telah musnah.Entah siapa punya angkara la tu.Aku menuju ke buaian yang hanya tinggal satu sahaja yang elok.Sunyi....Aku suka tempat ni...Biarpun agak teruk,tapi hati aku terlalu aman di sini.Angin bertiup agak kuat.Tiba-tiba seorang lelaki berdiri di hadapan aku.Mukanya aku tak nampak kerana rambut di bahagian hadapan menutupi hampir separuh wajahnya.Di tangannya terdapat sebatang kayu.Argkkk...!!!
            Aku bingkas turun dari buaian.'Habislah aku......'Perasaan takut mula menjelma.Saat itu aku hanya fikir nak cabut lari jer.Tiada lain,hanya nak lari dari tempat ni!!
            "Er...Hai...Saya Raisya...Selamat berkenalan..Hee....Awak ni menakutkan la..Apa kata awak campakkan kayu tu...Saya...."
            Lelaki tu melangkah setapak ke hadapan.Jantung aku pula mula bedegup kencang.Aaaaaaa.......!!!!!Dengan pantas aku cepat-cepat lari.Lari sekuat hati aku.Aku taknak mati di sini.Sekurang-kurangnya aku nak mati di bilik aku sendiri.Aku menjerit sekuat hati aku.Lantaklah apa orang nak kata.Aku terlalu takut.

Selepas mandi aku merebahkan badan ke atas katil.Ah...Lebih aman berada di bilik sendiri.Aku memandang ladtop aku di atas meja.Malas la nak online myspace.Kemudian aku memandang koleksi lukisan aku.Kalau nak melukis,agaknya sepuluh jam pun tak siap.Nak buat apa sekarang....Lebih baik aku turun.
            Di ruang tamu,ibu aku sedang melipat kain,ayah aku pula sedang membaca surat entah bila punya surat pun aku tak tau,abang pula sibuk main game.Aku memasang radio lalu duduk di atas sofa.Bosan betul!Aku menuju keluar rumah.Mana la tau aku boleh buat sesuatu yang gila-gila.
            Di luar aku berjalan tanpa memakai baju sejuk.Aku sudah biasa dengan keadaan yang sejuk.Sejuk sama seperti hati aku yang telah berkecamuk.Sunyi....sama seperti hati aku yang telah kehilangan seseorang yang aku suka.Aku berhenti berjalan dan singgah di bus stand.Kenderaan masih banyak yang lalu-lalang.Di seberang,juga terdapat bus stand dan kelihatan seseorang yang berjeket hitam berdiri sambil mukanya di tundukkan ke bawah.Aku seolah-olah dapat merasa orang itu mempunyai perasaan yang sama dengan aku.Sunyi....Sejuk....dan teringinkan kehangatan.
            Tiba-tiba bas berhenti di hadapan aku.Argh...!!Mengacau betul!Ramai orang yang turun dari bas.Setelah semua penumpang turun,bas tersebut masih tidak bergerak.Kemudian pemandu bas bersuara,
            "Tak nak naik ke?"
            "Tak perlu..."
            Pintu bas tertutup.Aku rasa lega.Saat bas tersebut berlalu,kelibat orang itu sudah tiada.Hampa.....Waktu yang sama,hujan pun turun.Teramat lebat.Aku seperti terperangkap di dalam bus stand.Nasib baik bus stand ni ada pelindung,kalau tak habis basah aku.Tiba-tiba aku terdengar suara orang sedang batuk di sebelah aku.Aku pantas menoleh.Aku sedikit terkejut.Rupa-rupanya orang yang berjeket tadi.Tapi sejak bila dia melintas?Pelik juga.
            Jeketnya sedikit terkena air hujan.Dia dengan perlahan membuka jaketnya.Kali ini aku terkejut beruk!'Dia....'Aku bingkas bangun dan mengundur setapak ke belakang.Rambut yang panjang di hadapan yang hampir menutup separuh muka.....Dia...ialah lelaki yang aku jumpa di taman permainan tadi!Takkan dia mengekori aku?!Hati aku mula berdegup laju..Hujan pula semakin lebat dengan ditemani guruh yang tidak henti-henti menjerit di langit.Aku menelan air liur.Keadaan ini bagai bertemu dengan malaikat pencabut nyawa.
            Di tangan lelaki tersebut masih ada sebatang kayu.Kalau aku lari,dia pasti kejar aku.Aku ni bukannya atlet jaguh sukan lari.Nak menjerit?Mana ada orang waktu macam ni...Aku buntu.Fikiran aku sekarang tidak boleh berfikir seperti Jimmy Neutron.Lelaki tersebut menyelak rambutnya ke belakang.Kali ni keseluruhan wajahnya kelihatan.Sempurna.....Cuma....Ada satu parut di pipi sebelah kirinya.Dah sah dia ni mesti samseng.
            "Kenapa...kau muncul tadi......"
            Dia bersuara!Tapi aku tak paham apa yang dia kata.Oh!Entah-entah dia kata kenapa aku kacau kat tempat dia tak...
            "Er...Pasal tu sebab saya tengah sedih...Saya cuba nak elakkan diri dari seseorang.Sorry la kalau saya kacau tempat awak.Saya tak bermaksud...."
            Lelaki tersebut tiba-tiba merapati ke arah aku lalu dia memeluk aku dengan kuat.Peluk....?Oh tidak....Aku telah di peluk orang.Impian aku selama ni teringin dipeluk oleh orang yang aku suka buat kali pertama akhirnya musnah...
            Tapi..........Darwish......Darwish ada di hadapan aku.......Dia basah.......Darwish????!Dengan pantas aku menolak lelaki tersebut.
            "Apa awak buat ni..?!"
            Aku mengundur selangkah.Darwish yang melihat situasi tadi mula menuju ke arah aku.Lelaki tu pula mencampakkan kayu ke tanah.Dia menunduk.Aku pula masih takut dan serba salah.
            "Raisya....kau tak apa-apa..?Tadi...dia cuba buat sesuatu kat kau ker?"
            Aku memandang Darwish.Darwish memegang kedua-dua bahu aku dengan kedua-dua tangannya.Matanya betul-betul menyelami mata aku.'Darwish.....Aku betul-betul sukakan kau...Kalaulah kau dapat baca hati aku....Tapi kau dah ada Putri.Putri yang lebih sempurna daripada aku.'Aku menolak Darwish.Air mata aku mula mengalir.
            "Kau takkan faham.....Dan kau tak mungkin faham....."
            Aku terus berlari dalam hujan.Aku dah tak kira pasal lelaki aneh tu mahupun Darwish.Biarlah mereka.....

Malam tu.....Aku ingin melupakan malam tu....Lupakan semuanya...Aku menyendiri di dalam kelas.Lepas PMR,memang kelas aku macam kelas beruk.Bising!Terutama Risz.Dia memang raja beruk dalam kelas aku.Tapi seberuk-beruk dia pun ada orang minat.Sekor lagi Siti,dengan mulut murai dia tu.Kadang-kadang cerita yang dia sampaikan tu bukannya betul pun.Buat orang tambah dosa adala...Dengar dia mengumpat je...Aku memandang Putri,sahabat baik aku sendiri.Dia.....Pastila dengan buah hati baru dia,Darwish.Cemburu betul.Aku memandang keluar tingkap.Sedih aku masih belum pulih.Entah kenapa dengan tiba-tiba aku teringatkan lelaki aneh semalam.Bagaimana keadaan dia sekarang ye......Aku tinggalkan dia keseorangan....Adakah dia terasa sunyi sama seperti aku rasa sekarang?Hati aku teringin tahu.
            Hati aku tergerak untuk keluar dari kelas.Aku melalui Putri dan Darwish.Hati aku sudah tak kisah dengan mereka berdua.
            "Raisya.....Kau okey ke?"
            Putri sempat menegur aku sebelum aku keluar.Aku memandang Putri...Ya....Tak sepatutnya aku membenci Putri.Putri kawan aku,dia masih mengambil berat tentang aku.Aku mengukirkan senyuman kepada Putri.Putri membalas.
            "Darwish bagi tahu aku yang kau macam ada problem je.Kalau kau ada masalah,bagi tahu la aku.Manalah tahu aku boleh bantu kau."
            Aku terus berlalu tanpa membalas sepatah kata.Berjalan di setiap beranda sekolah.Ada la juga terserempak dengan cikgu-cikgu,tapi cikgu buat bodoh jer.Aku apa lagi,lagi buat bodoh adala.Berjalan punya berjalan akhirnya aku tiba di Blok E,di mana semua kelas tingkatan 5.Aku memang tidak pernah menjejak kaki ke blok ni.Tapi kali ni....Lantaklah.Buat apa aku nak takut dengan senior.
            Terasa dahaga pula tekak aku.Aku mencari mesin air.Akhir jumpa.Tingkat tiga.Tapi.....tempat ni terlalu bersepah.Teruk.Teramat teruk.Habis dinding sekolah diconteng dengan grafiti.Kenapalah cikgu tak buat tindakan.Tapi sekolah aku memang teruk.Aku menuju ke mesin air.Mengambil cawan kecil,dan memasukkan duit syiling 20sen lalu menekan punat merah yang menandakan air panas.Aku mengeluarkan sepeket serbuk Mocca yang sentiasa ada di dalam poket aku tak kira aku dekat mana.Tiba-tiba aku terdengar suara orang batuk.Aku pantas menoleh.Seorang pelajar lelaki yang bajunya terkeluar separuh.Bersandar di dinding.Rambutnya panjang di bahagian hadapan.....Ah!Dia lagi....!
            Mocca aku telah larut dalam air.Aku masih mendiamkan diri.Suasana agak tegang.Adakah lelaki aneh itu perasan dengan kehadiran aku?Dia masih tidak bergerak.Tapi tak sangka dia sama sekolah dengan aku.Macam mana aku boleh tak tahu?Ye lah....Aku lupa,aku ni bukannya peramah.Jadi tak ramai pelajar yang aku kenal kat sekolah ni.Tapi...........Dia dari tadi tunduk.Ker...dia memang suka tunduk pandang lantai.Ada duit ker kat bawah tu?Tanpa kesedaran,muncul perasaan kesian terhadap dia.Biarpun dia aneh,tapi aku dapat rasa dia dalam kesedihan.Aku betul-betul ingin merasai perasaan dia.Dengan keberanian aku menuju menghampiri dia.
            "Hai.....Awak...."
            Agak keberanian aku.Dia mendongak memandang aku.Mata dia cantik.....Tapi sedikit berair.Seperti baru lepas menangis.Ah....Baby face betul dia ni...Tiada respond.Dia masih diam.Aku pula jadi tak tentu arah.Ni lah akibatnya orang yang tidak peramah.Tiada topik untuk dibualkan.Aku taknak dia memandang aku seperti perempuan yang membosankan.Aku kena cuba berbual jugak.
            "Hari tu..Er...Tak....Saya...Em....Awak nak air?"
            Adus!Apasal keluar ayat tu pulak.....Bodoh betul aku!Dengan tiba-tiba dia mengambil air Mocca aku dari tangan aku.Yes!Bagi respond jugak dia.Aku senyum kecil.Aku memandang dia meneguk air Mocca aku.Habis.....Kemudian dia mencampakkan cawan ke lantai.Agak keterlaluan....Apapun dia habiskan.
            "Sedapkan...?Saya selalu minum air tu waktu saya dalam kesunyian,bosan,atau sedih.Abang saya cakap kalau minum air Mocca ni dapat panaskan badan.Tapi abang saya yang tu dah tak ada.Banyak petua dia saya ikut."
            "Sedap....."
            Hai....takkan tu je.Nampak sangat la cerita aku ni membosankan.Tapi aku tak boleh putus asa.Aku memandang tubuhnya dari atas sampai ke bawah.Tangannya banyak luka.Macam kena pukul.Betul-betul kesian...Aku menyentuh tangannya.Dia tidak menepis.Malah dia cuma memandang apa yang aku buat.Sejuk betul tangan dia..
            "Tangan awak banyak luka....Biar saya plasterkan.Saya bawa banyak plaster dalam poket."
            Dia memandang aku lama.Serba salah pula aku.Agaknya mesti dia pikir aku ni terlalu perfect sangat sampai plaster pun aku ada.Tapi aku memang simpan plaster ni dalam poket.Manalah tahu ada acsident kecil ke...Tak payah nak susahkan orang lain.Selesai...!Aku meletakkan balik tangannya ke dalam poket seluarnya seperti tadi.
            Kemudian loceng berbunyi memecahkan kesunyian.Ramai pelajar tingkatan 5 keluar dari kelas untuk pergi ke kantin.Keadaan agak sesak sehingga aku di tolak dan hampir terjatuh.Dan aku sedikit terkejut.Dia sempat menyambut aku dan terus menarik aku masuk ke dakapannya.Sedikit berdebar....Dalam suasana bising dan kecoh itu,dia ada cakap sesuatu di telinga aku.Tapi aku kurang dengar.Aku kembali memandang matanya.Pelajar semakin berkurangan.Dia pula melepaskan aku lalu pergi meninggalkan aku.Aku memerhatikan dia pergi dari belakang.Aku masih tak faham perasaan dia.



"Raisya...!"
            Putri berjalan menuju ke meja aku.Aku tidak menyahut mahupun memandang wajahnya.Putri merapatkan kerusinya kepada aku.Cuba mengambil ruang serapat yang boleh.Aku tidak menghalang.
            "Kenapa dengan kau?Sedih semacam je...Darwish bagi tahu aku yang malam semalam ada orang cuba kacau kau.Kau masih emosi ker...?"
            "Tak.....Aku cuma fikir tentang keputusan PMR yang belum keluar lagi.Aku takut aku gagal.Pasal lelaki tu.....dia tak buat apa-apa kat aku.Aku okey..."
            Wajah Putri bertukar ceria sebaik sahaja mendengar penjelasan daripada aku.
            "Bagus la kau okey.Sekarang aku nak kau senyum.Malam nanti nak ke party kat rumah Risz.Nah,ni kad jemputan.Tadi kau tak ada kat dalam kelas,Risz suruh aku serahkan kat kau.Datang tau....Risz kata dia ajak satu sekolah untuk birthday party dia."
            Aku mengukir senyuman lalu mengambil kad jemputan yang Putri hulurkan.Risz anak orang kaya dalam kelas aku.Tak sah kalau dia tak buat party setiap bulan.Sekaya dia,dia baik orangnya.Tak pernah kedekut.Aku kagum dengan dia.Dia pernah tolong aku semasa kem muhibah tahun lepas.Waktu tu aku hampir sesat dalam hutan.Nasib baik dia sempat jumpa aku dalam hutan.Pengetahuan dia sangat luas.Dan dia tak pernah gagal dalam mata pelajaran Geografi dan Sejarah.

Dalam bilik..Aku tertanya-tanya,baju mana yang sesuai untuk aku pakai malam nanti.Aku berhenti memikir saat pintu bilik aku diketuk.Abang aku...Apalah yang dia nak...
            "Abang pun dijemput jugak ke party kawan kamu tu...Satu kelas abang dapat kad jemputan."
            "Abang nak apa?Mesti ada sesuatu yang abang nak...Sya tau....mesti abang nak pinjam baju arwah abang sulungkan...?"
            Abang aku hanya tersengih.Dah agak!Baju arwah abang sulung aku memang banyak dan semuanya berjenama.Sebelum dia meninggal,dia pesan kat aku suruh aku jaga baju tu dengan baik.Tapi yang peliknya,baju tu semuanya kecil dan tak sama saiz dengannya.Pelik juga ya...Kenapa abang aku membazir membeli baju yang kecil dan tak boleh dipakai olehnya sendiri.Abang aku memang pelik sikit.Masa dia masih ada,dia selalu keluar malam.Katanya nak jumpa kawan.Aku pernah curi-curi ikut dia naik teksi.Agak jauh juga abang aku pergi.Rupa-rupanya dia pergi berlatih menari B-boy dengan kawan kolejnya.Baru aku faham....Apa sebenarnya yang abang aku inginkan.Dia betul-betul meminati bidang tarian moden.
            Lepas dia tak ada...Ramai jugak kawan-kawannya yang datang rumah untuk memulangkan CD dan barang-barang kepunyaan abang aku yang mereka pinjam.Sedih sangat apabila abang sulung aku meninggal dunia.Biarpun dia agak pendiam seperti aku,tapi dia selalu menasihati dan menolong aku dalam semua perkara.Dan dia juga telah mengajar aku cara menari.Seronok!Sekarang,tinggal aku dengan abang aku yang kedua.Bosan sedikit kerana abang aku yang seekor ni lebih gemar dalam bidang komputer.
            Ah!Aku dah tahu nak pakai baju apa....!Abang sulung pernah hadiahkan aku sepasang baju lengkap semasa hari jadi aku.Baju tu pun aku tak pernah pakai.
            "Sya...!Mengelamun pulak dia...Bagi la abang pinjam baju abang sulung.Malam ni je....Abang dah takde baju nak pakai.Sumer baju abang dah pernah tayangkan kat kawan-kawan abang please...."
            Aku mencebik.Kesian pula tengok abang aku.Bagi je la...
            "Ambil dekat almari merah tu....Tapi ingat.....Kalau abang kotorkan,Sya cakap kat abang sulung.Dia tengok tau!"
            "Ye la...sayang......Abang cium cikit ye...Muah!Sayang Raisya...."

"Wah....!Hensem jugak abang kau,Raisya...Smart baju yang dia pakai."
            Abang aku tersengih.Suka la dia bila kena puji.Banyak juga mata-mata memandang aku dengan abang aku.Si Ain pulak pantang tengok lelaki hensem dan cute.Mula la nanti....Jatuh cinta la....Hangat-hangat tahi ayam je dia tu.Dalam himpunan orang ramai,aku ternampak kelibat Putri bersama Darwish.Sedondon betul mereka berdua.Aku menghampiri Risz.Hensem!Macam balak orang...Hehehe...tapi dia belum berpunya lagi.Pandai dia kawal nafsu cinta dia.
            "Wei,korang sumer....Sat lagi mak ayah aku turun.So....Aku nak korang beramah mesra la yek..."
            Aku cuma tersenyum.Putri pula cuba menyelit untuk menghampiri aku.Darwish hanya mengekori Putri dari belakang.Hensem betul Darwish.Wajah dia putih,kening nipis,dan bibir dia warna merah asli.Aku tak boleh menatap wajahnya lama-lama.Nanti apa pula kata Putri.
            "Raisya...Kau dah cari partner untuk tarian nanti ke?"
            Tarian?Ah!Macam mana aku boleh lupa?!Sapatutnya aku dah set dalam kepala otak aku yang setiap party Risz pasti ada tarian.Aku memandang setiap tetamu yang hadir.Masing-masing dengan pasangan masing-masing.
            "Belum...Aku lupa la Putri."
            "Kalau macam tu nanti kau dengan aku tukar-tukarla menari dengan Darwish.Darwish tak kisah..."
            Aku memandang Darwish yang senyumannya sentiasa melekat di bibir.Tak!Tak boleh.Aku tak boleh menaruh hati lagi terhadap dia.Hati aku akan lebih terluka kalau aku terus bersama dia.Aku kembali memandang Putri.
            "Takpe lah Putri.Lagi pun aku takde mood nak menari.Aku tengok je nanti.Aku ni bukannya pandai menari."
            Aku menafikannya.Padahal aku selalu menari dengan abang sulung.Malah aku suka sangat menari.Aku mengundur diri.Taknak ganggu pasangan bahagia itu.Aku menuju ke meja makan.Mencari makanan yang mampu menarik perhatian aku.Tiada...Aku menuju pula ke meja minuman.Pun tiada satu yang menarik.Aku mengambil air panas dan menuangkan ke dalam cawan lalu aku mengeluarkan serbuk Mocca aku dalam handbag.Bau aroma menyelerakan aku dan menaikkan semangat aku untuk terus berada di party ini.Kemudian aku berjalan menuju keluar.Taman yang kecil tapi cantik dan tersergam indah.Aku melihat seorang lelaki duduk di kerusi panjang di taman.Berbaju putih dan kotnya bewarna hitam di letakkan di sebelahnya.Kaki aku dengan tiba-tiba bergerak menuju ke arahnya.
            Dengan perlahan aku berdiri di hadapannya.Dia sedang tunduk,jadi aku tak dapat melihat wajahnya.Dengan beraninya aku menegur dia.
            "Nak air...?"
            Lelaki itu terus mendongak.Erk!Dia lagi...Kenapa acapkali aku terserempak dengan dia.Tak ada orang lain ke.Tapi bagus juga...Bagus kenapa ya...???Sekali lagi aku memberanikan diri duduk di sebelahnya.Aku mengangkat kotnya lalu aku letakkan ke atas peha aku.Aku menghulurkan air aku.Agak lama juga aku hulur.Akhirnya dia mengambil.Tetapi dia tak minum.Aku hanya memandang.
            "Kau.....Takut aku.....?"
            Tiba-tiba dia bersuara.Bersyukur.....Dia tidak membisukan diri.Kalau tak jadi tunggul la aku kat sebelah.
            "Er....Memula tu takut la juga...Sebab awak pegang kayu.Saya pikir awak nak bunuh saya.Kali kedua tu pun takut.Tetiba jer awak peluk saya.Tapi.......Kali ketiga tak....Sebab saya yang memberanikan diri untuk rapat dengan awak.Sekarang dah tak ada rasa takut sebab awak mula bercakap dengan saya."
            Aku memandang dia sambil tersenyum.Wajahnya blur...Paham ker dia apa yang aku cakap tadi??Kalau tak paham,buat penat jer aku cakap dengan dia.Agak lama juga dia pandang aku.Rasa lain macam pula.Malu....bila dia pandang macam tu...Aku cepat-cepat menoleh ke tempat lain.
            "Baju awak.....cantik...."
            Aku menoleh kepada dia semula.Dia puji aku......Eh tak lah...Dia puji baju aku jer.Tapi waktu tu dia tak pandang aku.Aku melihat air Mocca aku sudah habis.Sejak bila pula dia minum.Aku tak nampak pun.Ker dia buang sebab tak sedap.Aku memandang ke bawah.Tiada tanah yang basah.Maksudnya...betulla dia minum.
            "Jom menari...."
            Sepantas kilat,dia terus mencapai tangan aku dan menarik aku masuk ke dalam.Sebelah lagi tangan aku memegang kotnya.Entah kenapa aku gembira sangat waktu tu.Aku lupa semua pasal kesedihan aku.Aku hanya nampak dia.Tapi....siapa nama dia?Alamak....Aku lupa tanya nama dia...
            "Wahai sahabatku....ehem...Kali ni aku akan bersuara dengan penuh puitis.Terimalah persembahan pertama dari band sepupu aku,Ajis.Suara dia memang mantap sesuai dengan wajahnya yang encem!Nak ngorat?Heheheh....Dia sudah berpunya...."
            Lampu di tutup yang ada hanya lampu pentas yang bergemerlapan.Lampu utama di suluhkan kepada penyanyi utama.Memang gempak.Macam dekat consert.Dia masih memegang tangan aku.Sejuk betul tangan dia.Muzik mula bergema.Semua pasangan bersiap sedia untuk menari dengan pasangan mereka.Aku memandang Darwish dan Putri.Mereka bagaikan sedang dilamun cinta.Bak dunia ni mereka berdua yang punya.Aku kembali memandang dia.Aku teringin sangat mengetahui nama dia.Dia mengambil kotnya dari tangan aku lalu dipakainya.Segak betul!Malangnya yang buat dia sedikit kekurangan adalah parut di sebelah pipi kirinya.Segaris parut.Pasti ada kenangan di sebalik parut tu.
            "Nama awak....."
            Tangan kanannya mula memaut pinggang aku manakala tangan kirinya masih memegang tangan kanan aku.Aku meletakkan tangan kiri aku ke bahu kanannya.Dia merapatkan tubuhnya.Perasaan aku menjadi sedikit aneh.Berdebar dan sedikit malu.Dia membisik ketelinga aku.
            "Syazin..."

Ramai kawan-kawan aku berkumpul di meja utama di mana terdapat kek dua tingkat.Aku pun turut serta.
            "Ni hadiah untuk kau...Jangan bukak kat sini nanti bocor rahsia."
            Faeq menghulurkan sekotak hadiah yang di balut cantik.Risz menggoncang kotak hadiah tersebut.Dia mengerutkan keningnya.
            "Bom ker?"
            "Ada ke bom...Sepatutnya kau kena bagi snaiper kat Risz.Tengok macam aku...Aku bagi pensil je kat dia"
            Semua kawan-kawan aku ketawa melihat gelagat Huzalfi.Huzalfi dengan Faeq selalu tak sependapat tapi mereka berdua tetap sahabat yang paling mesra dalam kelas.
            "Kau lagi teruk Zalf.Ada ke patut kau hadiahkan aku pensil."
            Risz mencebik.
            "Mana taknye...Hari-hari kau pinjam pensil kat aku.Kau kan banyak duit sampai sebatang pensil pun kau takde.So....Aku belikan la pensil."
            Betul juga cakap Huzalfi.Nak dikatakan hampir satu kelas Risz selalu pinjam pensil termasuk aku.
            "Risz....yang berambut panjang tu sape?Lain macam je dia..."
            Siti menujukan jarinya ke arah seseorang yang sedang bersandar di pintu utama.Syazin ke yang Siti maksudkan.
            "Oo....Dia tu...?Syazin.Sepupu aku jugak.Selama ni dia tak pernah datang setiap kali aku buat party,entah kenapa tiba-tiba mood dia berubah."
            "Aku tengok dia pelik...Tak bergaul dengan orang langsung.Aku cakap dengan dia,dia tak menyahut.Bisu ke dia..?"
            Giliran Iza pula bersuara.
            "Dia memang macam tu...Tak suka cakap dengan orang.Sejak kecik lagi dia suka main sorang-sorang.Tapi dia pandai menari tau.Lepas ni persembahan daripada dia.Penat aku pujuk supaya dia menari.Akhirnya cair jugak.Ah!Tadi aku nampak kau dengan dia menari sama-sama kan,Raisya?"
            Aaaa.....Aku...?Semua mata memandang aku.Ada yang sedang tersengih-sengih melihat aku.Ceh...!Aku pikir takde sape yang nampak.Terkantoi juga aku akhirnya.Aku mengangguk dengan perlahan.
            "Cayalah kau!Ada peluang nak ambil hati dia.Mak ayah dia pun kaya,tapi dia tinggal dengan aku coz mak ayah dia ada kerja dekat England.Dah lima tahun.Popular la kau nanti ya,Raisya..."
            Teruk betul!Darwish menghampiri aku lalu menyentuh bahu aku.Dia memandang aku dengan senyuman yang aku tidak mengerti maksudnya.
            "Berusahalah ya!"
            Berusaha...?Ya...Aku akan berusaha untuk melupakan kau.Selamanya...Sekali lagi lampu terpadam.Aku ternampak kelibat Syazin menuju ke atas pentas.Dia bersama dengan rakan-rakannya.Mereka mengambil tempat lalu berdiri dengan tegak,sedikit pun tidak bergoyang.Muzik mula berbunyi yang dimainkan oleh band Ajis.Sedap....Mereka mula menari mengikut rentak lagu yang ala hiphop dan R&G.Hebat!Gaya yang luar biasa setanding dengan gaya Alam dan Denny.Tapi gaya menari Syazin lebih kepada gaya menari Denny.
            "~I want to spit out these creaking thoughs~
            ~Because they're the only proof of my existence~
            ~My future that I should have grabbed~
            ~Contradicts 'dignity' with 'freedom'~"

            "~I want to erase the distorted afterimage~
            ~Because I can see my limits in it~
            ~Near the window of my overly conscious self~
            ~Last year's calendar has no dates on it~"

            "~I'll erase it....!!!!!~
            ~I'll rewrite it....!!!!~
            ~Worthless grandiose illusions....I barely made it out alive from this~
            ~Lingering sense of existence...!!!!~
            ~I'll rewrite it....!!!!!~
            ~Meaningless imagination is a driving force~
            ~That completes you....Give me your body....And soul....Wuu...OoHhh..."

            Lirik yang dinyanyikan Ajis menggambarkan perasaan Syazin.Syazin terus menari dengan gairah.....Tapi....Langkah seterusnya......Ahkk!Macam gaya yang abang aku buat!Gaya yang abang aku selalu practice bersama aku setiap kali dia menari.Jantung aku terus berdegup.Aku dapat melihat bayang abang aku sedang menari dengan penuh gembira di belakang Syazin.Adakah Syazin kenal dengan arwah abang aku?Atau secara kebetulan dia menari dengan gaya tu?Tak....!Gaya menari tu hanya aku dan abang aku sahaja yang tahu kerana abang aku pernah cakap dia tak pernah tunjukkan gaya ni pada sesiapa kecuali aku.
            "Sya....ingat tau.Gaya ni dah lama abang cuba buat dengan Sya.Sekarang dah sempurna.Hanya Sya dengan abang je yang tahu.Setiap langkah yang abang ajar Sya melambangkan perasaan abang terhadap Sya.Satu-satunya adik perempuan abang yang paling abang sayang....Lagipun gaya tarian ni memang abang cipta khas untuk Raisya...Cinta abang selamanya....Hati abang....dan jiwa abang...."
            Itulah kata-kata terakhir abang sebelum kemalangan tu berlaku.Dengan serta merta air mata aku mengalir.'Abang....Macam mana orang lain boleh tahu tarian kita berdua?'Syazin terus menari sambil matanya melirik ke arah aku.
            "~I snip the feeling that grew and cry~
            ~I realize it was medicore after all and cry~
            ~My corrupt heart...The filthy lie...~"
           
            "~I'll erase it....!!!!!~
            ~I'll rewrite it....!!!!~
            ~Worthless grandiose illusions....I barely made it out alive from this~
            ~Lingering sense of existence...!!!!~
            ~I'll rewrite it....!!!!!~
            ~Meaningless imagination is a driving force~
            ~That completes you....Give me your body....And soul....Wuu...OoHhh...~
            ~WoooWoooH YeaYeaYea...!!!~"
           
            Keadaan kembali terang.Aku terus berlari meninggalkan tempat ni.Melihat keadaan aku yang tiba-tiba aneh,abang aku terus mengejar aku.Dia tidak menghalang aku.Pasti dia pun perasan keadaan tadi.
            "Jangan la kisah sangat dengan tarian tadi.Mungkin kebetulan je kowt...Abang tau abang sulung pasti sedih bila tengok Raisya menangis.Abang yang kat sebelah pun lagi rasa sedih tengok adik kesayangan nangis."
            Betul kata abang.Abang sulung pasti sedih apabila melihat aku menangis.Tapi hati aku betul-betul sedih.Aku terus memeluk abang aku.Abang aku mengusap rambut aku dengan lembut.
            "Okey...Jom kita balik.Abang dukung Sya kat belakang.Nak tak?"
            Abang aku mengesat air mata aku yang jatuh.Aku mengangguk lalu mengukirkan senyuman kecil.
            "Ha...Macam ni la puteri abang...Jom!!"
Seterusnya macam mana?Adakah Syazin memang ada kaitan dengan abang sulung Raisya?Bagaimana pula perasaan Raisya terhadap Darwish?Adakah dia dapat melupakan Darwish sepenuhnya?Atau….Dia sudah mencari seseorang yang mampu buat dia lupa pada Darwish?Tapi…siapa?
            Nantikan episod seterusnya dalam Secawan Mocca 2.



SECAWAN MOCHA 2



Apa yang aku rasa sekarang sama seperti dulu.Sunyi dan hampa...Cemburu makin bertambah apabila melihat Putri semakin rapat dengan Darwish.Aku tak mampu untuk menghalang kebahagian mereka yang aku mampu hanya menunggu waktu untuk aku luahkan semuanya.Aku tahu,sampai masa nanti,hati aku tidak lagi mampu menanggung semua yang aku pendam.Aku bukanlah manusia yang sempurna.Aku juga bukanlah seorang manusia yang lemah.Tapi aku berharap sangat...seseorang yang akan mengisi kesunyian dan kesedihan aku bersama.
               Keluarga aku berbangga dengan pencapaian PMR aku.Alhamdulillah...Hasrat kedua ibu bapa aku ingin melihat aku mendapat 8A telah pun tercapai.Tetapi aku tidak merasa kebanggaannya kerana itu bukan impian aku.Aku berharap bahawa abang sulung aku berada di sisi aku dan melihat sendiri keputusan PMR aku.Kerana dialah yang telah berusaha mengajar aku kesemua mata pelajaran.Aku sedih.Kenapa abang patut pergi sebelum melihat aku gembira.Tapi aku tahu.Abang pasti mendengar suara hati aku.Tidak kira apa jua keadaan.'Abang...Raisya rindu abang...'.
              Aku memandang slip keputusan PMR di atas meja aku.Kemudian aku memandang borang kelayakan asrama penuh yang berada di hadapan aku.Apa gunanya keputusan yang cemerlang kalau tidak mahu masuk asrama penuh?Ibu dan ayah aku menunggu jawapan daripada aku.Aku keliru...Aku memejamkan mata aku.Semua perkara yang pernah berlaku pada diri aku tidak kira sedih mahupun gembira terlintas di fikiran aku.Apa sebenarnya yang aku inginkan?Aku masih tidak pasti.Kepastian memang sukar dicari.Akhirnya aku memutuskan kepastian aku.Aku tekad dan tidak akan berpatah balik dengan kata-kata aku.Aku juga akan menanggung kesemua kesalahan yang bakal tiba.
              Aku mengambil slip keputusan PMR dan borang kelayakan SBP lalu aku membawanya turun ke bawah.Ibu,ayah dan abang sudah menanti aku di ruang tamu.Aku tidak boleh berpatah balik.Aku perlu luahkan apa yang patut aku luahkan.Tidak akan sesekali menyesal dengan keputusan aku.Dengan perlahan aku duduk di hadapan mereka seraya meletakkan slip dan borang dia atas meja tamu.Aku mengambil nafas.
              "Sya dah buat keputusan...Sya....Sya takkan menyesal...Sya nak kekal di sini.Sya nak terus berada di sini..."
              Selepas meluahkan keputusan aku dengan pantas aku mencapai kaki kedua ibu bapa aku.Lalu aku menangis.
              "Maafkan Sya...Sya tahu ibu dan ayah nak Sya masuk SBP.Sya tahu Sya terikut dengan perangai abang sulung.Ibu....maafkan Sya...Ayah...Sya minta maaf...Sya dah kecewakan ayah..."
              Kemudian aku dapat merasakan kepala aku diusap.Hati aku makin sebak.
              "Ibu tahu...ibu takkan paksa Sya masuk SBP.Ibu dah cukup bangga dengan keputusan Sya sekarang.Sya dah buat keputusan yang Sya inginkan...Ibu maafkan Sya..."
              Tetapi ayah aku tidak berkata apa.Dia bingkas bangun.Aku sedikit kecewa.Ayah terus menuju ke dapur tanpa sepatah kata.Aku terus tunduk dan menangis.'Maafkan Sya ayah...Restuilah keputusan Sya...Sya minta maaf...'.Abang mendapatkan aku.
              "Lama-lama nanti ayah akan faham.Sya bukan ikut jejak abang sulung,tapi ini memang keputusan yang lahir dari hati Sya.Abang sentiasa akan sokong Sya...Sya jangan sedih ya..."

Kenapa...Kenapa aku perlu sekelas dengan dia?Kenapa bukan Putri yang sekelas dengan dia?Kenapa aku?Darwish mengambil tempat di hadapan aku.Sebelah dia pula Risz.Putri tidak dapat masuk kelas 4A kerana dia tidak mendapat A dalam mata pelajaran Sains.Jadi Putri dapat kelas sebelah aku.Sebelah aku pula pelajar baru.Dia pun pendiam seperti aku.Langsung tidak bersapa dengan aku.Malangnya nasib aku...
              Waktu balik dari sekolah aku tidak lagi balik bersama Putri.Buat apa aku nak kacau pasangan bahagia tu?Bukan ker aku mahu melupakan perasaan aku terhadap Darwish?Aku berjalan berseorangan.Sunyinya....Hati aku terdetik untuk pergi ke taman.Mana tahu aku boleh berjumpa dengan Syazin.Tapi buat apa nak jumpa dia?Tanpa sedar aku telah pun berdiri di hadapan taman.Kosong...Tiada sesiapa di situ.Aku dah agak...Diakan dah lepas SPM.Mestila dia tengah cari kerja sekarang sementara menunggu keputusan keluar.Bodohnya aku.Tidak sepatutnya aku berharap dia ada.
              Aku menuju ke buaian.Lalu duduk di atas buaian tersebut sambil menggerakkannya.Tenangnya...Aku memejam mata sambil menghayati angin yang menerpa ke wajahku.
              "Tiada gunanya kalau kau bersendirian.Kesunyian tetap kau rasa..."
              Aku terkejut.Aku pantas membuka mata aku sebaik sahaja aku mendengar suara tadi.Syazin...Dia berpakaian segak sekali.Berkot dan bertali leher yang diikat kemas.Di tangan kanannya terdapat bekas air yang ada lambang Starbuck.Mesti dia baru balik dari tempat tu.Aku tidak berganjak dari buaian.Syazin berjalan menuju ke arah aku dengan perlahan.Aku cuma menunggu.Kemudian dia menghulurkan bekas air tersebut.Aku memandang matanya.Dia seolah berharap supaya aku mengambil.Aku pun mencapai bekas air tersebut.Masih panas.Lalu aku buka penutupnya.Bau Mocca...
              "Tadi...Tiba-tiba aku teringatkan kau.Jadi aku beli Mocca..."
              Aku tersenyum sambil melihat Mocca di dalam bekas air.Aku memang inginkan bau aroma ini.Kemudian aku menghirupnya.Lega...Badan aku yang sejuk kembali panas.Aku memandang Syazin.Tak sangka walaupun wajah dia nampak seperti samseng,dia baik orangnya.Aku melebarkan senyuman aku kepada dia.
              "Terima kasih..."
              Aku bangun.Dengan serta merta Syazin memeluk aku.Aku terkejut dengan tindakan dia.Pelukan dia semakin erat.Aku tidak boleh bergerak kerana badan aku lebih kecil daripada dia.Aku dapat merasakan perasaan yang aneh ketika itu.Bagaikan dipeluk oleh abang sulung aku sendiri.Apakah perasaan ini?Buat aku rasa disayangi dan dicintai.Adakah perasaan ini yang aku mahukan?Syazin merapatkan wajahnya ke telinga aku.Dia mula membisik.
              "Maafkan aku...Aku yang lambat...Aku tak sempat selamatkan dia...Semua yang telah berlaku adalah salah Aku.Kau boleh salahkan aku."
              Aku tidak faham.Apa yang Syazin maksudkan?Siapa 'dia'?Tapi hati aku merasa sedih.Teramat sedih.Dengan tiba-tiba air mata aku mengalir.Adakah Syazin maksudkan abang sulung aku?Kenapa hati aku kuat mengatakan Ya.Sekali lagi aku nampak bayang abang sulung aku di belakang Syazin.'Abang...Apa sebenarnya yang abang mahu beritahu Sya...Sya tak faham...Siapa Syazin abang...Apa kaitan dia dengan abang...?'

Malam tu aku tidak dapat melelapkan mata.Aku sentiasa teringat peristiwa petang tadi.Aku baru faham perkara sebenar setelah Syazin menyatakan semuanya kepada aku.Patutlah dia boleh tahu menari tarian yang abang aku reka untuk aku.Rupa-rupanya abang sulung aku adalah guru dia.Guru yang mengajar dia tarian.Kenapa sebelum ni aku tak pernah tahu.
              "Aku kenal Falzi,abang kau masa dia menyelamatkan aku.Aku hampir mati lemas dekat sungai belakang rumah Risz gara-gara aku nak bunuh diri.Aku fikir waktu tu aku dah mati,sedar-sedar aku berada di hospital dan abang kau sedang berada di sebelah aku.Dia hanya senyum sahaja."
              "Lepas kejadian tu abang kau selalu mengekori aku.Dia kata dia takut aku bunuh diri lagi.Lama-lama aku semakin rapat dengan abang kau."
              "Tanpa sedar aku ternampak abang kau menari dekat tempat lapang tengah bandar.Aku sedikit berminat dan abang kau pun sudi ajar aku.Setiap kali dia berlatih,dia pasti akan cerita tentang seseorang yang dia amat sayang.Satu-satunya nadi dia.Semua tarian yang dia ajar aku adalah untuk orang yang dia sayang.Aku tanya dia,siapa orang tu.Dia kata............Raisya.Satu-satunya adik perempuan dia."
             "Sebulan lepas tu,aku ajak abang kau berlatih dekat rumah Risz.Abang kau call aku dan beritahu aku dia ada dekat Kedai Cenderamata.Dia suruh aku datang.Sampai dekat sana aku nampak kelibat abang kau dari seberang jalan.Aku nampak wajah abang kau bahagia sangat.Dia menuju ke arah aku...dan....secara tiba-tiba...kereta Kenari membelok dan...a...a...Aku tak sempat nak selamatkan abang kau."
             "Sebelum abang kau hembuskan nafas terakhir,dia sempat beritahu aku sesuatu.Dia suruh aku jaga kau...Dan dia nak minta maaf sebab dia terpaksa pergi sebelum kau menduduki peperiksaan PMR."
             "Selama ni aku cuba cari siapa Raisya.Aku tak tahu di mana abang kau tinggal.Satu klu pun abang kau tak kasi.Cuma nama sahaja.Raisya...."
            "Sejak terserempak kau dekat taman hari tu...Kau perkenalkan diri kau Raisya...Dan aku mula yakin Raisya yang dimaksudkan Falzi ialah kau."
            "Raisya...."

Aku terlalu mengantuk dalam kelas.Semua ni sebab aku tak dapat tidur malam tadi.Aku cuba menyorokkan diri.Nasib baik Darwish dan Risz tinggi dan berdada bidang.Aku pula pendek dan berbadan kecil.Huhuhu...Cikgu pula asyik-asyik duduk.Agaknya berat sangat pinggul cikgu sampai mengajar pun malas nak berdiri.Lena...Pelajar baru sebelah aku tidak menghiraukan aku.Aku tahu dah sikap dia yang lebih mementingkan diri sendiri.Kalau Putri yang duduk sebelah aku,dia pasti kejutkan aku dan suruh aku bertahan.Dengan mulut Putri yang tak habis-habis suka tanya aku setiap kali belajar,nak lelap sedikit pun tak boleh,kena layan dia sepanjang masa.Leceh juga...Kedua-dua orang ni sama-sama leceh...



             Panas...Peluh mula keluar daripada dahi aku semasa aku tidur.Pasti sudah tengah hari.Tiba-tiba aku terasa ada sesuatu benda yang mengelap peluh aku.Aku mengerut dahi lalu membuka mata dengan perlahan.Silau...Aku menggosokkan mata.Aku tersentak.Darwish tersenyum sambil melihat aku yang muka macam blur baru bangun dari tidur yang sangat nyenyak.
             "Comel juga muka kau bila tengah tidur."
             Aku memandang sekeliling.Hanya beberapa orang pelajar sahaja yang tinggal dalam kelas.Kalau Putri nampak tadi...Mesti dia syak bukan-bukan.Darwish bangun lalu mengambil begnya seraya menggalas ke bahunya.
             "Jangan tidur lagi...Sekarang waktu balik sekolah...Aku rasa lebih baik kau tidur dekat rumah.Tak payahla aku temankan kau tidur lagi...Chiow.."
              Aku masih terpaku.Risz mengetuk meja aku.Kuat.Terkejut jugak aku.Dia menggeleng-geleng.Mesti dia pun nampak aku tidur.
             "Cepatlah...Aku nak tutup pintu kelas ni..."
             Aku bingkas mengemas semua barang aku.Berselerak.Aku rasa tidak selesa bila pakai beg.Aku menolong Risz mengunci pintu.
             "Jom balik sama.Gara-gara kau...Aku terpaksa tunggu setengah jam untuk balik."
             Aku cuma tersengih.Risz memang suka tolong aku.'Apa salahnya kau tunggu aku lama-lama.Dengan kawan pun nak berkira ker?'
            "Sorry la...Aku ngantuk sangat tadi.Malam tadi aku tak dapat nak tidur.Kau marah ker?Sorry...Menyusahkan kau pulak."
            "Maaf diterima..."
            Setiba di pintu belakang sekolah,aku ternampak kelibat Syazin yang sedang bersandar.Risz tiba-tiba menolak bahu aku sambil tersengih kucing.Muka dia memang macam kucing pun.Suka menyakat orang.Syazin menghampiri aku dan Risz.
             "Abang Zin...Abang tunggu Raisya ek...Cemburunya Risz...Raisya ada bodyguard.Risz pulak....sorang-sorang.Tak syoklah macam ni...Risz ni macam kacau orang bercinta jew.."
              Risz buat muka comel dia tu.Geram betul aku tengok.Aku memandang Syazin yang berada di hadapan aku.Dia pandang aku tanpa sedikit pun berkelip.Aku menjadi malu.Aku terus tunduk.Argh...!Aku tak suka situasi macam ni.
             "Kau tak menyibuk pun Risz.Kau boleh balik sama-sama dengan aku dan..."
             Dia berhenti berkata sambil memandang aku.'Dan.....????'Tak Raisya...Kau tak boleh fikir bukan-bukan.Aku terus berlalu.Risz dan Syazin mengejar aku dari belakang.Tiba-tiba Syazin menyentuh beg aku lalu dia tarik dengan perlahan.
             "Biar aku yang bawa..."
             Aku memandang Risz.Dia masih tersengih.Malunya....Dahla Syazin ni sepupu dia.Teruklah aku nanti.Pasti aku akan selalu kena buli dengan Risz dalam kelas.Kecohlah kelas nanti pasal aku.Darwish...Pasti akan ingat aku bercouple dengan sepupu Risz.Tahun ni paling malang dalam hidup aku.'Takpe Raisya...Dia cuma berjalan balik dengan kau.Tak lebih dari itu.Bertahan...Think positif!'
             Semasa dalam perjalanan,aku cuma membatukan diri dan bertekad tidak mahu mengeluarkan sepatah kata pun kecuali apabila diajukan soalan.Risz bersiul-siul.Tak adalah terasa sunyi sangat.Setiap lorong yang kita orang lalu sunyi,tiada seorang pun yang melalui lorong tu.Tapi bukan ker memang tiada orang yang selalu menggunakan jalan ini kecuali pelajar sekolah.Bagus!Lorong seterusnya akan memisahkan aku dengan Syazin.Rumah Risz belok ke kiri manakala rumah aku belok ke kanan.Aku tersenyum kecil sambil menghembus nafas lega.
             "Hei,abang Zin...Nak ke mana tu....Rumah kita kat sebelah sini la..bukan belah sana..."
             Tiba-tiba Risz bersuara.Aku menoleh ke belakang.Syazin masih berada di belakang aku.Risz pula memuncungkan mulutnya sambil jari telunjuknya menunjukkan lorong sebelah kiri.Wajah Syazin berubah.Dia kembali memandang aku.Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.Kaki kirinya menguis-nguis jalan seolah-olah kuda yang sedang kebosanan.Kemudian dia menghampiri aku.
             "Er...Sampai sini je.."
             Serta merta dia meletakkan tangan kanannya ke atas kepala aku.Dia mengusap-ngusap rambut depan aku beberapa kali kemudian melepaskan dengan hampa seolah-olah dia terpaksa meninggalkan sesuatu yang amat berharga baginya.Aku terkaku.Mana pernah orang lain buat macam tu pada aku kecuali keluarga aku.Lain macam pula perasaan ketika itu.Wargh....!!!Apa yang aku fikirkan sekarang ni....
              "Yelah...yelah...Raisya tu bukan budak-budak lagi.Tahulah dia jaga diri.Abang Zin cepatlah.Karang lambat pulak ambil pakcik dengan makcik.Bye Raisya...Hehehe...esok habislah kau..."
              Aku kembali sedar dari lamunan.Aku mengerti ayat terakhir Risz.'Esok habislah kau' memang satu ayat yang tidak menyenangkan.Aku terus berdiri sehingga kelibat Syazin dan Risz hilang dari pandangan.Tangan aku tiba-tiba menyentuh kepala aku dan entah kenapa aku mengukir senyuman dan aku langsung tidak menyedarinya sehingga tiba di rumah.Aku memang sudah hilang akal!
              Seperti yang biasa aku lakukan.Setiap petang aku pasti menari sambil mendengar lagu di dalam bilik aku.Sudah tentu abang aku juga akan jadi mangsa partner menari aku.Tapi...hari ini dia dapat larikan diri.Mesti dia cabut pergi ciber cafe tak pun rumah kawannya.Aku mula memanaskan badan sebelum aku memulakan tarian aku.Baru sahaja aku mahu memulakan tarian mak aku panggil aku turun.Aku mendengus.Dengan pantas aku menuruni anak tangga.
              "Ada kawan kamu kat luar tu...Mak ajak masuk dia tak nak.Kamu sendiri ajelah yang keluar."
              Tanpa membantah sepatah pun aku terus keluar pintu.Mata aku sedikit terbeliak.Sudah tentu aku terkejut.Darwish berada di hadapan rumah aku.Agaknya apa yang dia mahukan daripada aku.Mana pula Putri?Aku memakai selipar seraya menuju ke pagar.Darwish melemparkan senyuman.Tapi bukan ker dia memang suka lemparkan senyuman kepada sesiapa sahaja yang dia suka.Tak heranlah kalau aku ni salah seorang daripadanya.Aku sedikit malu.
              "Er...."
              "Er...Sebenarnya aku nak ajak kau keluar....Kau sibuk tak...?"
              Darwish pantas memintas percakapan aku.Aku sedikit kehairanan.Mana tak hairan.Aku ni bukan apa-apa kepada Darwish,cuma seorang kawan,takkanlah dia nak ajak aku keluar?Aku pasti bermimpi.
              "Putri...?"
              Itu sahaja yang aku kata.Tapi wajah Darwish tidak beberapa senang mendengar nama Putri.Dia menunduk sambil mengeluh.Pasti ada sesuatu yang berlaku antara Putri dengan Darwish.Dan aku tidak mengharapkan akulah puncanya.Oh...Tuhan...aku memang tidak mahu menjadi dalang yang menyebabkan mereka bergaduh atau sebaliknya.Aku menunggu jawapan daripada Darwish dengan penuh harapan supaya jawapan yang diberikan Darwish menyenangkan perbualan.
              "Sepatutnya hari ini aku ajak Putri keluar...Dan dia sudah pun berjanji akan keluar pada hari ini dengan aku..."
              "Jadi?"
              Aku memotong dengan pantas dan menyebabkan Darwish sedikit terkejut.
              "Er...Maaf.Aku cuma..."
              "Dia terpaksa balik kampung.Datuknya sakit masuk hospital.Aku dah pun beli tiket.Membazir pulak kalau tak guna.Takpe lah kalau kau taknak.Lagipun aku datang tak bagitahu kau terlebih dahulu.Aku..."
              "Okey..Aku ikut!"
              Tanpa sempat aku berfikir aku telah bersetuju.Lagipun dia orang tak bergaduh.Itu yang melegakan aku.Aku mematikan niat untuk menari pada petang itu.Lima belas minit kemudian aku keluar dengan memakai blaus separuh dada dan separuh lutut bewarna hitam dan jeket kecil di luar bewarna merah berpetak-petak.Stoking juga berpetak merah hitam yang panjangnya sampai menutup lutut aku yang agak berbonjol.Macam lolita la pulak...Darwish memandang aku tanpa berkelip mata.
              "Tak okey ker...Maaflah baju ni je yang sempat aku pandang.Kalau aku belek baju nanti lama pula..."
              "Tak..tak...Cantik sangat..."
              Hati aku sedikit berbunga.Aku lupa sejenak yang Darwish ini teman lelaki Putri.Memang terlupa...Sehingga aku tidak sedar yang aku telah pun memegang tangan Darwish seolah-olah aku ini teman wanita dia.Dunia...Tolonglah berhenti seketika.Aku tidak mahu hari ini berlalu dengan pantas sekali.Inilah yang hati kecil aku mahukan.Tolonglah berhenti.
              Aku memang seperti lolita yang baru bertemu dengan serigala merah seperti dalam cerita dongeng.Serigala yang berubah menjadi manusia yang telah memikat lolita dan mengajak lolita berjalan-jalan ke dalam hutan.Tapi Darwish membawa aku ke galeri lukisan dan menonton teater di kota.
              Semasa di Galeri Lukisan aku tidak banyak bercakap kecuali Darwish.Dia banyak bercakap tentang hasil karya lukisan yang tergantung di dinding setiap sudut ruangan.Bagi aku itu cuma satu lukisan yang biasa yang langsung tidak menarik perhatian aku.Darwish tidak henti-henti bercakap tentang lukisan.Patutlah dia beli tiket Galeri Lukisan,dia memang meminati lukisan rupanya...Ah!Macam mana aku boleh lupa.Bukankah Darwish mendapat anugerah mata pelajaran seni yang tertinggi dan terbaik di sekolah.Aku terpandang satu lukisan yang sedikit aneh dan unik.Pelik....Gambar seorang perempuan sedang memandang ke arah cermin yang dipenuhi darah,dan kelihatan sepasang pasangan lelaki dan perempuan berada di dalam cermin tersebut.Aku tersentak apabila Darwish menyentuh bahu aku secara tiba-tiba.
              "Misterikan...Ini ialah lukisan yang ke sepuluh Jim Lincont.Dengar khabar Jim mendapat ilham lukisan ini semasa bertemu dengan seorang perempuan yang aneh di tepi jalan.Perempuan itu berpakaian serba putih.Wajahnya cantik seperti malaikat.Tetapi bibirnya tidak mengukirkan senyuman langsung.Dan pada saat itulah Jim nampak satu imbasan.Imbasan itu adalah lukisan ini."
              Aku memandang Darwish lama.Sebenarnya aku tidak kenal pun Jim Lincont tu siapa.Fikiran aku membayangkan wanita yang sedang memandang ke arah cermin itu tidak ubah seperti aku.Dan pasangan di dalam cermin itu tidak ubah seperti Darwish dengan Putri.
              Selepas menonton teater yang berjudul 'Gadis Kacuk',aku dan Darwish makan malam di KFC.Teater tadi seronok kerana banyak unsur lawak yang diselitkan.Ramai juga orang makan di KFC pada waktu macam ni.Aku memandang ke arah jam tangan aku di sebelah kiri.Jarum pendek tepat menunjukkan pukul 11 malam.Aku duduk sambil memandang keluar sementara menunggu Darwish memesan dan mengambil makanan.Di seberang jalan terdapat kedai Secret Recepi.Ramai juga keluarga yang makan di situ.Tiba-tiba aku ternampak bayangan Risz.Aku cuba perhatikan betul-betul,dan ternyata itu memang Risz.Kalau Risz ada,Syazin mesti ada sekali.Mata aku mula melilau mencari Syazin.Tapi aku pelik...Siapa dua orang yang agak berumur di hadapan Risz?Nak kata ibu bapa Risz bukan...Aku ternampak wajah Syazin di sebelah wanita yang berumur 40an.Syazin dari tadi menundukkan wajahnya ke bawah.Itu sudah pasti kedua ibu bapa Syazin.Aku berhenti memandang mereka sebaik sahaja Darwish datang meletakkan makanan di atas meja.
              Ketika sedang menikmati makan malam,mata aku tidak henti-henti memandang Syazin yang berada di seberang.Fikiran aku terganggu.Kenapa Syazin sentiasa menundukkan wajahnya ke bawah.Bukankah dia sepatutnya gembira apabila dapat bertemu dengan ibu bapanya yang sudah lama berjauhan dengannya.Setiap kali aku memandang Syazin,hati aku seperti bersimpati terhadap dia.Aku ingin tahu apa yang dia rasa.Aku ingin memahami perasaan dia.
             "Jom kita balik...Bas terakhir akan sampai tak lama nanti."

== bersambung Secawan Mocha 3 ==