S P I R I T S

-Bab Satu-
Hari Pertama Bersekolah




Neiva Joanne
Satu peristiwa aneh yang berlaku sejak tiga tahun lalu telah menggemparkan Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Kechil Berbatu dan para guru serta pelajar-pelajar yang belajar di situ.Pihak sekolah telah pun berhati-hati sejak peristiwa aneh itu berlaku.Pengetua sekolah juga telah mengetatkan peraturan sekolah dan keadaan ini telah menyebabkan pergerakan pelajar dikongkong dan sukar mendapat kebebasan dalam sekolah tersebut.
                  Guru-guru tidak menyangka kejadian ini akan berlaku.Pada tahun 2001,seorang pelajar perempuan mati tergantung dengan tali di atas kipas di dalam bilik muzik.Pihak polis menganalisis bahawa pelajar tersebut cuba membunuh diri.Kejadian seperti ini berlaku tiga bulan seterusnya pada tahun yang sama.Seorang pelajar perempuan di temui mati dalam bilik darjahnya sendiri dalam keadaan yang agak mengerikan.Mata sebelah kirinya dicucuk dengan pensil tekan dan terdapat kesan luka di nadi di pergelangan tangan kanan.Luka tersebut seperti di hiris dengan pisau.Kesimpulan yang sama pihak polis terangkan.Kedua-dua kes ini adalah kes bunuh diri.Tetapi pihak polis tidak dapat menyiasat punca pelajar tersebut bunuh diri.
                  Pada tahun 2002,seorang pelajar lelaki terjumpa mayat seorang pelajar perempuan di dalam bengkel kemahiran hidup.Kesian dan menyedihkan,pelajar perempuan tersebut memaku dirinya sendiri di kepalanya dengan paku yang panjangnya lebih kurang jari telunjuk.Dua kes berlaku pada tahun 2003.Seorang pelajar perempuan terjun dari tingkat empat dari beranda bilik seni dan seorang lagi pelajar perempuan di temui mati memakan bahan beracun dalam makmal sains.
                  Kejadian ini telah menakutkan semua pelajar perempuan.Ada beberapa  pelajar dan guru yang beranggapan bahawa sekolah mereka disumpah.Pengetua di sekolah tersebut tidak percaya lalu telah mengupah seorang penyiasat dengan menyamar sebagai seorang guru.Semua pelajar yang mati bunuh diri berumur sama.Tahun ini,2004,pelajar tersebut sepatutnya berada di tingkatan 5.Tingkatan 6 bawah dan tingkatan 6 atas terpaksa berpindah ke blok lain untuk memudahkan kerja penyiasatan.
                  Di sebabkan sekolah ini satu-satunya sekolah yang ada di pulau ini,ramai remaja terpaksa bersekolah di sekolah tersebut.Ini telah menyebabkan ibu bapa semakin risau dengan keselamatan anak mereka terutama sekali anak perempuan yang berada di tingkatan 5 tahun ini.Namun masih ada keluarga yang tidak menghantar anak mereka ke sekolah.Mereka tidak punyai alasan,tetapi anak mereka sendiri yang tidak mahu.Pengetua tidak boleh memaksa mereka yang tidak mahu ke sekolah kerana mereka berhak membuat keputusan lagi pun keadaan sekolah yang tidak beberapa aman mungkin akan mengancam pelajar tersebut.
               
Rumah yang berada di tebing tinggi yang berhampiran bukit kelihatan cantik ketika waktu pagi.Tepat pukul 7.00 pagi setiap hari pasti ada seorang remaja perempuan keluar dari rumah tiga tingkat tersebut untuk bersenam di sepanjang pantai di Pulau Kechil Berbatu.Di pulau itulah dia dilahirkan,dibesarkan dan dididik oleh kedua ibu bapanya.Namanya secantik wajahnya.Neiva Joanne...Gadis yang tabah dan tidak gentar dengan apa jua dugaan seperti tebing yang menahan hakisan daripada ombak yang kuat.
                  Neiva berjoging di sepanjang gigi pantai.Ombak tidak begitu kuat pada pagi Rabu.Angin pagi pula agak dingin.Neiva berhenti berlari lalu mencari batu yang berada di tepi pantai.Dia duduk di atas batu yang paling besar dengan badannya menghadap ke arah sekolah SMKPKB.Dia hanya termenung.Hari ini merupakan tahun baru 2004.Umurnya telah meningkat setahun dan dia bakal menghadapi peperiksaan SPM.Tepat pukul 7.30 kedengaran bunyi loceng dari sekolah tersebut yang jauh satu batu dari tempat Neiva duduk.Neiva mendengus.Hatinya berbisik...'Pasti remaja yang sebayanya sedang berseronok menghadapi hari pertama persekolahan dengan berpakaian seragam yang amat membanggakan kalau dapat memakainya.'
                  Neiva meloncat turun dari batu besar tersebut.Kemudian dia mengambil nafas sambil mendepakan tangannya lalu dia mengukirkan senyuman.'Tapi lagi seronok kalau tak pergi sekolah,bebas...dan boleh buat apa saja.'Neiva berjalan sambil meloncat kesenangan.Dia menyanyi-nyanyi sehingga tiba di rumahnya.
                  Kelihatan ibunya sedang menyiram bunga di taman di hadapan rumahnya.Taman tersebut tiadalah sebesar mana.Ada sebatang pokok besar di tengah taman dan sebuah buaian di bawah pokok tersebut.Pokok tersebut kelihatan gagah apabila berada di tengah taman tersebut.
                 "Morning Mama..."Seraya Neiva mengucup pipi ibunya dan dipeluk ibunya erat.Ibunya mengusap rambut Neiva."Dah besar anak Mama...Jom duduk dekat buaian.Kita sembang-sembang..."Mereka kelihatan tidak ubah seperti sahabat karib.Neiva duduk bertentangan ibunya.Dia bersandar sambil mengibas-ngibas bajunya.Panas berjoging tadi masih tidak hilang.Ibunya mula bersuara."Bila Iva nak bersekolah?Mama bukan tidak percaya Iva,Mama percaya sangat...Cuma Mama mahu Iva rasa macam mana remaja lain hidup.Janganlah dihiraukan berita tentang kejadian aneh di sekolah tu.Mama tahu Iva kuat."
                  Neiva berhenti mengibas bajunya.Soalan itulah yang dia tidak suka dengar daripada kedua ibu bapanya.Dia bukan tidak mahu sekolah,dia cuma tidak suka akan peraturan.Dia takut bila dia bersekolah nanti dia tidak mendapat kebebasan yang dia mahukan.Peristiwa aneh yang berlaku di sekolah itu langsung tidak menarik perhatiannya.Neiva memandang wajah ibunya sambil memegang kedua-dua tangan ibunya dengan lembut.
                 "Iva bukan taknak sekolah.Iva cuma...nak kebebasan.Mama jangan risau..Soal SPM,Iva janji Iva akan study sungguh-sungguh."Ditatap wajah ibunya dengan penuh makna.Ibunya menggeleng hampa."Tak Iva...Mama bukan soal pasal SPM.Mama cuma nak anak Mama bersekolah seperti anak orang lain.Mama minta...Setahun ini sahaja...Iva bersekolah ya..."Terdengar keluhan dari mulut Neiva.Permintaan ibunya,begitu sukar untuk diputuskan.Dia bangun keluar dari buaian."Bagi Iva masa..."Ibunya tersenyum."Jangan kecewakan Mama."
                 Pada petang itu,Neiva menaiki basikal ingin ke hutan berhampiran rumah makciknya untuk mengutip bunga Rose yang disuruh ibunya.Biasanya makciknya yang akan petikkan bunga Rose dan menghantarkannya kepada ibu Neiva.Hari ini makciknya keluar dari pulau untuk membeli bekalan makanan dari luar.Semasa perjalanan ke hutan,Neiva melalui di hadapan sekolah.Ramai pelajar sedang balik dari sekolah ketika itu.Riaksi wajah pelajar-pelajar amat gembira melalui hari pertama persekolahan.
                 Rasa cemburu apabila Neiva terpandang pasangan sahabat yang sedang ketawa kegembiraan.Dia tahu...Dia tidak pernah ada seorang kawan.Ibunya satu-satu kawan yang sentiasa menggembirakan hatinya.Dia mengayuh selaju yang boleh,tidak mahu lama-lama berada di hadapan sekolah itu.Sekali imbas dia terpandang wajah seorang lelaki.Sempurna...Wajahnya seperti bidadara.Anak mata bewarna hijau,bibir merah asli,kulit putih bercahaya.Sepanjang umur hidupnya dia tidak pernah melihat lelaki sekacak itu kecuali pakciknya yang bujang.Neiva menggeleng-gelengkan kepalanya.Lelaki tadi dia cuba tidak menghiraukannya.
                 Tiba di hutan,ada beberapa orang yang berada di sana.Kebanyakannya tukang kebun.Neiva melalui jalan kecil di dalam hutan tersebut dan melihat papan tanda yang terpacak di setiap pembahagi jalan.'Rose'Neiva memandang jalan kecil di sebelah kiri.Dia melalui jalan tersebut,dan kira-kira beberapa puluh langkah dia sampai ke taman Rose.Kelihatan tiga orang pekebun sedang menyiram pokok bunga Rose.Ada bermacam-macam warna Rose,merah,putih dan merah jambu.Ibunya menyuruhnya mengutip Rose merah jambu dan putih.Baginya,Rose yang bewarna merah menyala lagi menyerlah dan menarik.Neiva mula memetik Rose yang dikehendaki ibunya.Seorang pekebun menghampirinya semasa dia sedang sibuk memetik Rose di hadapannya.
                 "Rose merah memang jarang orang petik...Tapi setiap hari Rose merah semakin berkurangan.Tak tahulah sape yang petiknya..."Tangan Neiva berhenti bergerak.Dia memusing ke arah pekebun yang sedang bercakap dengannya.Agak pelik cerita pekebun tadi.Neiva mengukirkan senyuman.Dia menghulurkan tangannya kepada pekebun yang tua seperti ayahnya."Saya Iva...Iva tak tahu pula tentang Rose merah tu...Ini kali pertama Iva datang sini.Apa kelebihan Rose merah berbanding Rose yang lain...?"
                  Pekebun tersebut mula membuka topinya.Kelihatan rambutnya yang beruban putih dan nipis.Dia tersenyum lalu berjabat tangan dengan Neiva."Rose merah biasanya diguna untuk buat minyak wangi.Baunya lagi wangi berbanding Rose yang lain.Tapi orang jarang petik Rose merah sebab minyak wangi tu tidak sesuai dipakai kerana baunya amat kuat dan tidak ramai yang tahu buat minyak wangi daripada Rose merah.Minyak wangi yang paling hebat dibuat adalah diperbuat daripada seseorang yang sangat pakar.Pakcik pun tidak tahu macam mana buat ramuan minyak wangi tu..."
                 Neiva mengangguk.Dia melihat jam tangannya.Sudah lewat.Pasti ibunya risau kalau dia balik lambat.Dia meminta izin daripada pekebun untuk pulang dan mengucap terima kasih kerana sudi bersembang dengannya biarpun sekejap."Saya janji,saya akan datang sini lagi."
               
Neiva agak terkejut apabila melihat beberapa pasang baju seragam sekolah di atas sofa selepas ayahnya pulang dari kerja.Ibunya sibuk membelek-belek baju seragam yang baru dibeli oleh ayahnya.Perlahan-lahan Neiva berjalan menghampiri belakang ibunya.Dia mengikut pergerakan ibunya.Dibongkokkan badannya lalu dipusing ke kiri kemudian ke kanan.
                 "Untuk apa ni Mama?"Ibunya bingkas tegakkan badan sambil tersenyum gembira.Neiva agak ini sudah tentu baju seragam sekolahnya."Inilah baju seragam Iva...Macam mana?Iva dah setuju nak ke sekolah esok?"Ibunya memaut bahunya dengan gembira.Neiva tersentak.Keningnya diangkat sebelah.Memandang wajah ibunya yang cukup gembira waktu itu.Kalau ditelan mati emak,kalau diludah mati bapak.Ibunya terlalu mengharap dirinya supaya bersekolah.Antara keinginannya dengan keinginan ibunya...Dia keliru untuk membuat keputusan ketika itu.Akhirnya dia mengeluh.
                 "Baiklah..."
               
Inilah baju seragam yang amat membanggakan penduduk di Pulau Kechil Berbatu.Bagi Neiva ia cuma baju yang biasa dan tidak berfesyen.Skert labuh paras lutut bewarna coklat berpetak-petak,baju kemeja putih berlengan panjang,tali leher yang bercorak sama seperti Skert,dan vest bewarna hitam yang wajib dipakai setiap hari.Vest coklat lembut itu tertera namanya dengan warna keemasan.
                  Selepas bersarapan,ibu Neiva mengiringi Neiva keluar.Kasut sekolah bewarna hitam.Agak kebudakan,Neiva memandang sinis terhadap kasut sekolahnya.Selepas meninggalkan rumahnya,dia berjalan dengan penuh bergaya.Hari pertama bersekolah,dia tidak mahu orang lain memandang rendah terhadapnya.Dia tahu kemungkinan besar dia akan dibuli atau diejek oleh pelajar sekolah sebab dia tidak pernah ke sekolah.Tetapi dia tidak takut akan ancaman yang sebegitu.
                  Tiba di sekolah,jantung Neiva tiba-tiba berdegup laju.Dia memandang pintu gerbang sekolah yang bewarna coklat sambil berdiri di hadapan pintu gerbang tersebut.Pelajar lain tidak mempedulikannya.Kaki Neiva keberatan untuk melangkah setapak ke hadapan.Jikalau dia melengkah setapak ke hadapan...Semua kebebasan yang pernah dia alami akan pergi meninggalkannya dan diganti dengan peraturan sekolah yang mengarut yang tidak pernah dia alami.Demi ibunya...Dia sanggup korbankan kebebasannya.
                   Selepas melepasi pintu gerbang sekolah,Neiva melihat anak tangga yang lebarnya seratus meter.Tiang-tiang yang bulat dan besar.Dengan berhati-hati Neiva menaiki tangga.Terdapat tiga pintu besar dan ketiga-tiga pintu besar itu menuju ke tempat yang sama.Neiva memasuki salah satu daripada pintu tersebut.Dia tergamam.Sebuah taman di dalam sekolah?Dia memandang ke atas.Tiada bumbung.Kemudian dia memandang kesekeliling.Ramai pelajar membuat kelompok masing-masing.Dihadapannya terdapat satu lagi pintu besar yang serupa.Di tengah-tengah taman pula terdapat kolam air pancut.Neiva menoleh ke sebelah kanan dan kirinya,terdapat papan tanda dan kenyataan untuk panduan pelajar.Dia menuju ke papan kenyataan yang di tulis 'Pelajar Tingkatan Lima'.Dia melihat senarai nama pelajar yang terbahagi mengikut kelas.Matanya melilau mencari namanya.Akhirnya anak matanya terhenti di senarai kelas 5 Matahari.
                  Loceng berbunyi dan ramai pelajar menyerbu ke pintu besar yang bertanda 'Dewan Astaka'.Neiva hanya mengikut arah pelajar-pelajar.Dia sedikit terpegun.Dewan yang bewarna coklat keemasan seluas dua padang hoki.Lantai bercorak lambang lencana sekolah yang besar.Seorang yang agak berumur berdiri di mimbar yang tinggi satu meter di hadapan dewan.Neiva mengagak itu sudah tentu pengetua sekolah dan sebelah kanan dan kiri pengetua guru-guru sekolah.
                 Semua pelajar mula beratur mengikut kelas.Neiva terpinga-pinga mencari barisan kelasnya.Akhirnya dia terpandang satu lencana kecil yang berlambang bunga matahari dan terdapat simbol lima di tengah-tengah lencana tersebut yang sama dengan lencana kecilnya.Dia pantas mengekori pelajar perempuan tersebut dan mengambil tempat paling belakang.Di sebelah kirinya barisan pelajar lelaki.Dia menganggarkan perempuan seramai lima belas orang manakala lelaki seramai dua puluh orang melalui mata kasarnya.Sebelah kanannya pula kelas lain.Dia memandang lencana kecil yang terdapat di kolar pelajar lelaki kelas sebelah.Lambang bunga tulip dan tengahnya terdapat simbol lima.Neiva mula yakin yang dia sedang berada di barisan kelasnya dan berada di barisan tingkatan lima.Semua pelajar senyap saat pengetua mula bersuara.
                   "Selamat pagi pelajar...Hari ini merupakan hari kedua persekolahan.Cikgu dapati tiada sebarang kejadian yang tidak elok berlaku di sekolah semalam.Cikgu harap,pelajar-pelajar mengambil langkah berjaga-jaga dan jangan membuat sesuatu perkara yang boleh membahayakan diri.Sayanglah diri anda sendiri."
                   Tiba-tiba Neiva terdengar suara pelajar di hadapannya berbisik.
                   "Pengetua setiap hari cakap perkara tu,tapi pasti akan berlaku juga nanti.Lepas ni siapa pula yang akan buat sekolah ni kecoh."Pelajar perempuan berambut ikal panjang sedang berbisik dengan kawannya yang berwajah gelap dan berambut kerinting.Pelajar yang berambut kerinting itu membalas bisikan kawannya."Aku harap bukan aku.Tapi mana mungkin aku akan terkena sumpahan sekolah ni.Ibu bapa aku dah puas jumpa tok dukun dan bomoh menghalau sumpahan dari terkena pada aku."
                  "Bertuahla kau..."
                  Neiva tersengih.Sumpahan?Dia fikir sumpahan itu cuma cerita rekaan semata-mata.Neiva sedikit terkejut apabila bahunya di sentuh.Dia pantas menoleh.Seorang perempuan berambut panjang tersenyum kepadanya.Neiva membalas senyuman perempuan tersebut.Hatinya berbisik...'Ini mesti guru kelas aku'
                  "Ikut cikgu..."
                  Neiva sempat memandang nama cikgu tersebut di nametakenya,Vanisa,sebelum cikgu Vanisa menarik tangannya dan menuju ke luar pintu besar dewan.Mereka berdiri di hadapan kolam air pancut."Kamu mesti Neiva,kan?Cikgu cuma mahu membuat persediaan untuk kamu sebelum kamu masuk ke kelas.Sepanjang kamu berada di sekolah ni,cikgu harap kamu mematuhi peraturan sekolah.Cikgu tahu kamu tidak pernah ke sekolah sebelum ni,tapi cuba berusaha untuk mematuhi peraturan.Kalau boleh janganlah melanggarnya.Cikgu ingin pastikan yang kamu tidak mengalami apa-apa pun kejadian aneh ke atas diri kamu.Selebihnya kamu kena jaga diri kamu sendiri."
                  Neiva hanya mengagguk.Jauh disudut hatinya,dia ingin melanggar semua peraturan di sekolah ini dan membuat peraturan baru berdasarkan kesukaannya.Cikgu Vanisa membawanya semula ke dewan Astaka.Tetapi tiada seorang pelajar pun di sana.Cuma beberapa orang pengawas sekolah yang berpakaian sama seperti pelajar lain cuma Vest mereka bewarna cream lembut sedang mengutip sampah yang bersepah di lantai.Neiva dan cikgu Vanisa menuju ke arah satu pintu kecil yang terdapat banyak koridor.Setiap koridor membezakan setiap bilik tingkatan.Ada tujuh koridor dan mereka menuju ke koridor yang kelima.
                  Beginilah rupa sekolah.Sebelum ini Neiva tidak pernah tahu bagaimana rupa dalam sekolah.Dia mengikut cikgu Vanisa dari belakang semasa menaiki tangga.Setiap tingkat terdapat tiga buah kelas sahaja.Koridor di luar kelas sangat luas dan panjang.Kelasnya di tingkat yang keempat.Tingkat yang paling atas.Kelasnya berada di hujung koridor.Cikgu Vanisa membuka pintu lalu masuk ke dalam kelas yang bernama Matahari.Neiva agak berdebar untuk masuk ke dalam.Dia cuba menguatkan semangatnya.
                 Semua pelajar bangun dan memberi salam kemudian duduk semula.Mereka semua memandang Neiva.Neiva sedikit kekok.Cikgu Vanisa menyentuh bahunya."Ini ialah pelajar baru kita.Kita beri sedikit masa untuk dia memperkenalkan dirinya.Kamu semua boleh bertanya apa jua soalan kepadanya.Angkat tangan dahulu dan sebut nama kamu baru tanya soalan."
                  Cikgu Vanisa memandang ke arah Neiva sambil mengangguk tanda Neiva boleh mula bersuara.Neiva menarik nafas sebelum mula mengeluarkan ayat.Dalam kepalanya bermacam-macam ayat terbayang.Dia cuba ambil satu-persatu yang agak bersesuaian."Saya Neiva.Nickname saya Iva.Saya tinggal di tebing tinggi yang berhampiran dengan rumah api.Hobi saya suka berjalan-jalan di seluruh kawasan pulau.Impian saya ingin merantau ke seluruh dunia."
                 Kemudian ada seorang pelajar lelaki mengangkat tangannya lalu berdiri.Badannya kurus dan tinggi dan terdapat satu garisan parut di kening kirinya.Wajahnya seperti budak nakal."Saya Kim.Saya nak tahu...awak ada boyfriend tak?"Kim tersengih.Wajah Neiva mula kemerahan.Dia tidak pandai bergaul.Dia memandang cikgu Vanisa untuk mengharapkan bentuan.Cikgu Vanisa tersengih dan membiarkan soalan tersebut diaju kepadanya.Neiva menggeleng.Kemudian seorang pelajar perempuan yang duduk di bahagian belakang sebelah tingkap mengangkat tangannya dengan pantas tetapi dia tidak bangun.Tangan kirinya memengang sekeping kad,di atas mejanya penuh dengan kad yang pelik yang tersusun kemas.Rambutnya panjang paras pinggang hitam bersinar,bulu matanya lentik dan tebal,anak matanya pula bewarna perak,kukunya diwarnakan dengan warna hitam.Sungguh menakutkan...


card deks

                 "Saya Emma.Emma Hermine...Menurut kad saya,awak ialah bakal pelajar yang akan terkena sumpahan seterusnya.Dan...kad kedua saya menunjukkan awak...
Akan mati."Emma menunjukkan kad keduanya yang bergambar seorang perempuan berlumuran darah.Kata-kata Emma langsung tidak membuat Neiva berasa takut.Cikgu Vanisa mencelah sebelum Neiva sempat membalas balik kata Emma.
                  "Okey...Sampai sini saja.Neiva,ambil tempat awak di belakang Emma.Emma,cukup dengan kad-kad awak tu.Sekarang kita mulakan pelajaran.Buka buku sastera."
                  Neiva memandang tajam ke arah Emma.Mata Emma cukup menakutkan.Tapi Neiva tidak akan takut.Dia duduk dan mengeluarkan buku sastera lalu meletakkan di atas meja sambil bersuara perlahan."Aku tak takut dengan apa yang kau cakap.Aku akan pastikan apa yang kau cakap salah dan tiada sumpahan dalam sekolah ni.Mengarut!"
                 Selepas tiga mata pelajaran diajar.Loceng kedua berbunyi.Semua pelajar keluar dari kelas dan menuju ke dewan makan di bawah.Emma bangun dan pantas menoleh ke belakang sambil menghentakkan tangannya di atas meja Neiva.Satu kad berada di tangannya.
                "Sumpahan tetap ada.Kau ialah mangsa seterusnya.Hati-hati..."
                Suaranya seperti hantu.Emma terus berlalu.Neiva memandang kad di atas mejanya.Gambar yang berlambang pelik.Neiva tidak mempedulikan kad tersebut.Dibiarkan kad tersebut di atas mejanya.Malam tadi dia ada baca buku peraturan sekolah yang tidak membenarkan pelajar merayap semasa waktu rehat berseorangan.Neiva berkeras hati.Dia mahu merayap setiap tempat di sekolah ini.
                Dia turun ke bawah.Semua pelajar menuju ke koridor sebelah kanan.Maksudnya koridor sebelah kanan jalan menuju ke kantin.Neiva mengambil jalan yang bertentangan.Dia menuju ke koridor sebelah kiri yang agak sunyi.Neiva berjalan sepanjang koridor dan hatinya tertarik pada bangunan sebelah bersebelahan padang hoki sekolah.Di melalui satu lorong besar di bawah bangunan tersebut kemudian Neiva terus berjalan ke sebelah kiri sehingga dia terjumpa tiga buah tangga.Dia memilih tangga yang sebelah kiri.Dia menaiki tangga tersebut.Tiada satu koridor pun semasa menaiki tangga tersebut sehingga di tingkat atas sekali baru ada satu koridor.Sunyi...Perlahan-lahan Neiva berjalan di koridor tersebut.Ada beberapa bilik di koridor tersebut,bilik seni,bilik komputer dan bilik koir.
                Neiva masuk ke bilik petama.Pintu bilik seni tidak berkunci.Banyak hasil karya seni di gantung di atas dinding.Patung-patung yang dicipta tersusun kemas di atas rak.Terdapat sebuah beranda di belakang bilik seni.Pintu beranda terbuka dan tidak ditutup.Kaki Neiva tergerak menuju ke beranda.Dia memandang ke bawah.Agak tinggi dan gayat.Tiba-tiba dia mendapat satu imbasan.Imbasan itu menyebabkan Neiva sukar bernafas.Dia memegang kuat penghadang berandar.
                Dalam imbasan tersebut dia ternampak seorang pelajar perempuan menangis di bilik seni.Kemudian pelajar perempuan tersebut menuju ke beranda tempatnya berdiri lalu pelajar perempuan tersebut terus terjun dari beranda.Imbasan tersebut terus berulang-ulang.Neiva tersedar apabila terdengar suara seseorang.
                "Apa kamu buat di sini.Sini tempat larangan.Keluar!"
                Dua orang pengawas lelaki berdiri di hadapan pintu bilik seni.Wajah mereka bengis.Neiva pantas menuju ke pintu bilik seni.Pengawas tersebut memandang Neiva dari bawah kemudian ke atas.Salah seorang pengawas tersebut bersuara."Budak baru...Kamu sepatutnya baca buku peraturan sekolah sebelum kamu datang ke sini.Kami tidak akan tulis nama kamu.Tapi ingat...Jangan cuba datang sini lagi,faham!"
                Neiva terus berlari menuju ke dewan Astaka lalu ke kolam air pancut.Dia terlanggar seorang pelajar lelaki dan mereka terjatuh.Neiva mengusap lututnya yang berasa sakit.
                "Maaf...kamu tidak apa-apa?"
                Pelajar lelaki tersebut pantas menolong Neiva.Neiva mendongak ingin melihat siapa orang yang telah dilanggarnya.Dia sedikit terkejut.Lelaki ini...Lelaki yang dia lihat semalam.Neiva berundur setapak ke belakang.Dia memandang pelajar lelaki tersebut.Memang sempurna...Wajahnya bercahaya seperti bidadara.Neiva memandang namanya yang terukir di Vestnya.Nao Andrist.Nao tersenyum ke arah Neiva.
                "Baguslah awak tidak apa-apa...Saya minta diri."
                Nao berlalu sementara Neiva terus berdiri tanpa menoleh ke arah Nao.Dia menghembuskan nafasnya lalu duduk di tepi kolam air pancut sambil mengusap lututnya yang masih terasa sakit.Dia tidak perasaan yang Emma juga berada di situ.Emma menutup bekalan makanannya lalu mengeluarkan kad-kadnya.Dia memejamkan matanya.Kemudian mengeluarkan tiga kad daripad dek kadnya.Dia diam,selepas itu dia mengambil kad di tengah-tengah tiga kad tersebut dan menatap kad tersebut dengan lama.Seterusnya dia membuka dua kad tadi.Dia mengecilkan matanya.Dia menyusun semula kadnya dalam dek.Satu kad lagi dia pegang dengan dua jari di sebelah tangan kirinya.Emma bangun lalu menuju ke arah Neiva.
                Neiva terpandang sepasang kasut seseorang di hadapannya lalu terus mendongak.Dia mengecilkan matanya sambil memandang tajam ke arah Emma.Dia memandang kad yang berada di tangan kiri Emma.'Mesti pasal benda mengarut tu lagi' Hatinya berbisik.Neiva menyelak rambutnya tanda dia sudah bersedia mendengar tilikan Emma terhadapnya."Cakaplah apa yang kau nak cakap.Aku tak banyak masa nak sembang dengan kau"
                Emma menghulurkan kadnya kepada Neiva.Neiva mengambil lalu menatap kad yang diberi oleh Emma.Sekali lagi gambar seorang perempuan.Kali ini perempuan dalam gambar dilitupi dengan kabus bewarna kelabu.Mata perempuan dalam gambar mengeluarkan air mata bewarna merah seperti darah.Neiva mengangkat keningnya tanda tidak faham akan maksud kad tersebut.Emma mula bersuara.
                "Kad ini beritahu aku bahawa kau ternampak roh dan imbasan roh perempuan tu sebelum dia mati.Roh perempuan tu sedang menangis sebelum dia mati.Satu lagi kad aku dalam dek beritahu aku kau telah terserempak dengan seseorang yang tidak sepatutnya kau terserempak.Betulkan...?"
                Neiva sedikit terkejut.Dia teringat imbasan yang dia dapat dalam bilik seni tadi.Dia tidak sangka tilikan Emma betul-betul mengena dengan apa yang terjadi pada dirinya.Dia mula meragui Emma.Adakah Emma ini manusia atau jin yang menyamar sebagai manusia.Neiva mendongak memandang Emma yang berada di hadapannya dengan matanya sedikit bulat.Dia cuba menentang.
                "Memang betul...Tapi terserempak dengan seseorang yang tidak sepatutnya aku terserempak...Aku tak pernah pun terserempak dengan mana-mana orang yang macam tu.Aku rasa kau silap...Dan aku rasa kau ni bukan manusia!"
                Kata-kata Neiva sedikit bernada sinis.Wajah Emma tetap seperti biasa.Dia tidak kisah dengan apa yang Neiva kata.Dia mengambil semula kadnya dan simpan di dalam poket skertnya.Dia kembali duduk di tempatnya dan buka semula bekalan makanannya.
                 "Nenek moyang aku seorang tukang tilik yang hebat.Semua keturunannya mendapat kelebihan seperti nenek moyang aku termasuk aku.Dek kad ini adalah kepunyaan nenek moyang aku.Jadi aku tidak kisah kalau kau kata aku ini bukan manusia...Kerana aku sendiri pun tidak pasti sama ada aku ini betul-betul manusia atau bukan..."
               Agak pelik nada Emma.Neiva merasakan Emma ini seorang yang betul-betul pelik.Dia bangun lalu menuju ke arah Emma.Hairan juga,kenapa tiada seorang pun yang rehat dengannya.Neiva mengagak mesti pelajar lain takut untuk menghampirinya.Dengan matanya dan suaranya seperti hantu.Rambutnya panjang hitam pekat,siapa yang tidak takut dengan orang seperti itu.
                "Okey...Okey...Aku tak mahu tahu latar belakang kau.Aku percaya dengan kata-kata kau.Tapi,pasal giliran dan mati yang masa kau cakap dalam kelas itu aku tak mahu percaya."
                "Mungkin kau boleh tidak percaya kerana dek aku tiba-tiba berubah masa aku keluar rehat.Aku pun tak tahu kenapa...Kau bernasib baik hari ni...."
                "Ha...Kan aku dah cakap,perkara tu tak mungkin terjadi pada aku.Kadang-kadang kad kau tu yang selalu buat hal.Tak semestinya tukang tilik boleh meramal tilikan dengan tepat."

EMMA HERMINE

                Entah sejak bila Neiva suka bercakap dengan Emma.Mereka berdua semakin rapat apabila masuk ke kelas.Pelajar yang lain memandang pelik kepada Neiva yang begitu rapat sekali dengan Emma.Salah satu sebab mereka semua tidak suka bergaul dengan Emma kerana Emma selalu cerita pasal tilikannya.Dan tiada cerita menarik yang Emma ada.Emma juga pernah menyumpah salah seorang pelajar kelasnya sendiri kerana pelajar tersebut cuba mencederakan Emma.Sejak itu,ramai pelajar takut menghampiri Emma,takut mereka akan di sumpah Emma.Ada juga pelajar mengatakan Emma yang menyumpah sekolah ini.Malangnya mereka tiada bukti.Pengetua juga tidak percaya.
                Neiva dan Emma balik bersama-sama.Semasa keluar dari dewan,Neiva ternampak beberapa kelompok pelajar perempuan berkerumun di sekeliling pelajar seorang lelaki.Nao...Lelaki kacak yang dia terlanggar tadi.Neiva terus memandang Nao tanpa mengelipkan kelopak matanya.
                "Nao Andrist...Pelajar kelas lima Rose.Lelaki yang paling kacak di sekolah dan tiada tandingannya.Lebih baik kau jangan menyukai lelaki sepertinya."
                Cepat-cepat Neiva memandang Emma.Emma seolah-olah tahu tentang apa yang difikirkannya sekarang.Dia menjeling Emma.
                "Cakap ajelah yang kau cemburu.Kau pun tak mampu dapat dia sebab tu kau tak kasi aku suka dia jadi kau boleh dekat dengan dia bila musuh kau berkurangan.Walau apapun,aku tetap jadi musuh kau nombor satu!Jangan ingat aku senang berkawan dengan kau."
                "Suka hati..."
                Emma terus berlalu.Dia memang tidak minat terhadap Nao.Lagipun ada sebab dia tidak mahu mengenali Nao.Dia pernah menilik nasib Nao dalam diam.Tetapi Nao seolah-olah tahu tentang tilikannya.Nao pernah memberi amaran padanya.'Jangan sesekali kau cuba tilik nasib aku dan meramal aku.Kalau kau mahu terus hidup dekat dunia ni'.Sejak hari itu dia langsung tidak mahu melihat Nao,kerana setiap kali dia pandang Nao lama-lama,kadnya dalam dek akan berubah dan dia dapat meramal kehidupan Nao.Neiva mengejar Emma.
                "Hei...petang ni kau datang la rumah aku...Nanti aku tunjukkan dunia aku yang sukar untuk kau meramal.Heh he...Dunia yang penuh keseronokan dan kebebasan!"
   
Bilik yang bewarna biru langit itu kelihatan cantik dihiasi dengan gambar yang begantungan di dinding.Meja bacaan yang menghadap ke luar tingkap dan sebelah kanannya terdapat beranda kecil dan terdapat teleskop sebesar senapang serta dua buah almari besar yang dipenuhi dengan buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen di sebelah kiri meja bacaan.Katil bujang yang sedikit besar dihiasi kain tirai biru cair yang jarang menyerlahkan bilik tersebut.Terdapat empat tingkap kecil di dalam bilik tersebut dan jendelanya sentiasa terbuka untuk membiarkan cahaya luar masuk.Bilik yang kecil itu kelihatan luas.
                 Di meja solek sebelah almari pakaian berhampiran bilik mandi berselerak dengan aksesori wanita dan kebenyakan aksesori tersebut bewarna biru.Sudah tentu pemilik bilik ini sangat menyukai warna biru,apa jua yang bewarna biru pasti disukainya.Sepasang kaki yang putih gebu keluar dari bilik mandi.Tubuh putih gebu itu basah dilenjuni air.Neiva mengelap tubuhnya yang basah dengan tuala mandinya yang bewarna biru laut.Di hujung tuala tersebut terdapat jahitan namanya.
                 Neiva menuju ke arah almari lalu dibukanya sambil tangannya terus membelek baju yang hendak dipakainya nanti.Petang ini sudah pasti dia akan keluar seperti hari sebelumnya.Dia mahu kelihatan cantik dipandangan mata penduduk pulau tersebut.Dia memilih set baju bewarna violet yang hampir dekat warnanya dengan warna biru.Sepasang t-shirt dan seluar pendek,juga terdapat sarung lengan yang berbelang violet hitam.Dia menyarungkan bajunya sebaik sahaja baju itu dikeluarkan daripada almari.Kemudian dia duduk di hadapan meja solek sambil menepekkan bedak ke mukanya yang sudah putih itu.Dia mencalitkan sedikit pelembab bibir ke bibirnya yang kecil molek.
                  Setelah dia siap mendandan rambutnya,pintu biliknya berbunyi.'Ketuk...Ketuk...Ketuk...'.Dia terus bangun dan menuju ke pintu biliknya sambil tangannya masih terlekat di rambut untuk meletakkan sepit bewarna biru berkilat di rambutnya.Saat dia membuka pintu biliknya dia....Bum!Neiva terus jatuh gedebuk ke lantai sambil wajahnya pucat lesi memandang susuk tubuh yang tinggi di hadapannya.Bibir Neiva bergetar.Perlahan-lahan dia bersuara dengan nada yang sedikit terkejut.
                 "Ka...Kau...Em..Emma..."
                 Emma meluru masuk ke kamar Neiva sebik sahaja namanya disebut.Cara dia berjalan betul-betul seperti hantu yang tidak berkaki.Pakaiannya bewarna hijau zamrud yang agak kusam warnanya.Wajahnya pucat seperti mayat dan tiada satu solekan pun di wajahnya.Rambutnya yang panjang serta kusut terurai ke bawah.Dia memandang sekeliling bilik Neiva.Neiva pula sudah sedikit lega.
                "Woi...!Kalau ye pun janganlah buat muka teruk kau tu depan aku.Nasib baik aku tak mati terkejut.Menakutkan!"
                Neiva mengusap-ngusap pinggulnya yang sakit akibat tersembam ke lantai.Emma hanya berdiri dan langsung tidak berminat untuk menyentuh barang Neiva yang agak pelik baginya.Tapi,Emma lagi pelik dari apa yang disangkakan.Biliknya bewarna hijau zamrud.Biliknya lagi besar daripada bilik Neiva tetapi kelihatan kecil kerana hanya ada satu tingkap sahaja di bilik Emma.Tingkapnya pula tidak pernah dibuka.Tiada lampu yang bergantungan cuma lilin-lilin yang menerangi biliknya menyebabkan bilik itu kelihatan menyeramkan jika orang luar masuk.
                "Jom kita pergi!Aku nak tunjuk satu tempat yang indah yang baru aku pergi semalam."
                 Dengan pantas Neiva menarik tangan Emma keluar dari biliknya.Emma hanya membiarkan.Setelah tiba di jalan utama hadapan hutan,Neiva terus melalui jalan kecil yang tersedia ada di dalam hutan tersebut dengan penuh bersemangat dan tidak sabar-sabar.Semasa mereka berjalan,tiada satu bunyi pun yang Emma keluarkan semasa berjalan.Seolah-olah ranting yang dipijaknya seperti tidak dipijak olehnya.Neiva tidak mempedulinya biarpun dia menyedarinya.Hatinya berbisik'Diakan manusia pelik...Memang begitu.'.Mereka membelok ke kiri jalan kecil dan sempit dan beberapa puluh langkah mereka telah sampai ke kebun bunga Rose.Terdapat tiga pekebun yang semalam masih bekerja di situ.Neiva terus berlari anak di sekeliling kebun bunga Rose.
                  "Nilah tempatnya.Cantik bukan?Lihat di sana,"Sambil menuding jari ke arah bunga Rose merah yang berada di bahagian tepi kebun."bunga Rose yang paling cantik pernah aku jumpa.Kita pergi sana."
                  Dia terus menarik tangan Emma menuju ke kawasan yang penuh dengan bunga Rose merah.Tiba-tiba Emma menarik tangannya kuat.Tanganya terpisah dengan tangan Neiva.Neiva menoleh kebelakang sambil memandang hairan.
                  "Jomlah...Kita petik bunga ni."
                  "Tak!Aku tidak boleh dekat dengan bunga tu..."Emma mengecilkan matanya dan memandang bunga Rose merah itu dengan penuh perasaan benci."Kuasa aku boleh hilang kalau aku tersentuh bunga buruk tu.Apatah lagi jika durinya terkena pada tubuh aku.Aku boleh mati."
                  Wajah Neiva berubah merah."Bunga buruk kau kata..."Dia menggeleng-gelengkan kepala kemudian menghembuskan nafas tanda mengalah.'Ya...tukang tilik pun ada kelemahan tertentu.'Hatinya berbisik."Okey...okey...Kau tunggu je di situ.Biar aku je yang petik.Jangan takut.Aku takkan dekatkan bunga yang aku petik ni dekat kau."
                  Selepas berada di dalam hutan selama setengah jam,mereka menuju ke tepi pantai untuk merasa angin petang serta pemandangan di matahari tenggelam di atas batu yang terdapat di tepi pantai tersebut.Emma berjalan sedikit jauh daripada Neiva.Dia ingin memastikan dirinya tidak terkena pada bunga Rose yang dipegang Neiva.Mereka menuju ke gigi pantai lalu bercangkung.
                  "Kau selalu buat seperti yang aku buat tak...Maksud aku berjalan-jalan sekitar pulau...dan menikmati keindahan alam semula jadi di pulau ni.."
                 "Tak...aku selalu menghabiskan masa aku dalam bilik...Bagi aku apa yang kau buat tidak ubah seperti membuang masa."
                  Neiva mencebik bibir atas sambil menjeling ke arah Emma yang sedang duduk di atas pasir sambil membiarkan kakinya terkena pada air laut.Dia meletakkan bunga Rose merah ke atas pasir dan mula mengumpul pasir lalu ditambunnya menjadi satu tambunan yang besar.
                  "Kau tidak akan mati selagi kau terus bersama aku..."
                  Tiba-tiba Emma bersuara dengan nada yang agak perlahan dan Neiva tidak dapat menangkapnya."Apa kau kata?"Neiva memandang Emma sambil tangannya bergerak-gerak menyegikan pasir di hadapanya supaya menjadi sebuah istana pasir yang kecil.
                   "Tiada apa-apa..."Emma terus-menerus memandang matahari yang kian terbenam di hujung laut.Neiva pula mengomel-ngomel sambil membentuk pasirnya.
                  "Kau tahu...masa aku berada di sekolah aku fikir tiada sesiapa yang akan bercakap dengan aku.Aku takut sangat bila aku tiada kawan di sekolah buruk tu.Tapi tak sangka kau yang menjadi kawan pertama aku...Sepatutnya aku tidak berharap kau..."
                  "Aku pun tidak berharap untuk menjadi kawan kau,"Sambil tangan Emma melukis satu lambang yang pelik di atas pasir.Neiva hanya memandang,dia tahu Emma masih lagi ingin bersuara."Tapi telah ditakdirkan,dan takdir tu aku tidak boleh tolak."
                  Emma tiba-tiba bangun dari tempatnya sambil mengibas skirt labuhnya yang penuh melekat dengan pasir."Kau jangan risau,bukan aku sorang je yang akan jadi kawan kau sampai mati.Sejak kau menjejakkan kaki ke sekolah yang kau kata buruk tu,dari awal lagi kau sudah dapat ramai kawan.Cuma takdir yang lambat menemukan kau dengan mereka."
                 Matahari lagi beberapa inci sahaja akan hilang di balik lautan yang meluas.Air laut bewarna merah langit pula kelihatan agak sedih meninggalkan hari yang terang diganti malam.Emma mula melangkah pergi.Neiva terpinga-pinga sambil bergegas bangun mengejar Emma dari belakang terus terlupa akan bunga Rose merahnya yang dibiarkan bersama istana pasirnya yang hampir siap.Dia terus memaut bahu Emma.Emma sedikit terkejut.
                  "Tapi aku rasa gembira.Kerana kau sudi jadi kawan aku biarpun kau sedikit menakutkan aku daripada sumpahan sekolah...dan sedikit menyampah bagi aku."
                  Kepala Emma menoleh ke arah tangan Neiva yang memaut bahu kanannya.Tidak pernah seorang pun pernah menyentuhnya.Semua pelajar dan guru takut menghampirinya apatah lagi menyentuhnya.Dia kembali memandang Neiva yang berada di sebelah kirinya yang sedang tersenyum yang tidak dibuat-buat.
                  "Berani...Berani kau sentuh aku..."Wajah Emma berubah sedikit marah.Dia cuma buat-buat sahaja."Orang yang meyentuh aku biasanya akan terkena sumpahan yang menakutkan."Kini wajah Emma berubah seperti hantu kelaparan.
        Dengan terketar-ketar Neiva menjatuhkan tangannya daripada terus memaut bahu Emma.Wajah Emma betul-betul manakutkannya lagi-lagi pada keadaan yang kian gelap.
                  "A...Aku mana tau kau...Er...Aah....!!!"Neiva tiba-tiba menjerit ketakutan."Cepat hapuskan sumpahan kau!"
                  "Sudah terlambat..."Tidak sangka lakonannya menjadi.Emma berjalan pantas sambil tersenyum kecil membiarkan Neiva berjalan tidak tentu arah.

                  "Pergi...!PERGI SUMPAHAN TAK GUNA....!!!"

BERSAMBUNG > > > > > >