Memories Likes Tattoo
'LEAVE....Finally I realize that I am nothing without you...I was so wrong,forgive me...'
Aku tidak akan menyesal mencintaimu...Biarpun kau memilih yang lain dan dia bukannya aku.Aku akan pastikan memori bersama kau sentiasa tidak pudar dari ingatan aku,seperti tatu di bahu aku.Setiap yang tercatat, tatu ini ialah bukti bahawa aku sentiasa mencintaimu.Sentiasa bersama dengan aku tidak kira di mana.Asalkan ia dapat menggantikan kau di sisi aku.~Dazi~
* * * * * *
'Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku lihat sekarang.Hati aku bagai ditiup angin yang sangat kuat dan aku hampir goyah.Seperti asap rokok yang sedang membakar hati aku.Panas!Cincin itu...cincin yang aku beri kepada Mel.Sekarang sudah berada di tangan Zama.Aku tidak tahu apa yang sedang berlaku sekarang.Tetapi yang pasti...Hati aku amat sakit.Kenapa Mel memberikan cincin itu kepada Zama?Aku keliru....'
"Zama...Aku tahu kau pasti akan menolak permintaan aku.Tapi,tolong...Aku tidak mahu lagi bersama dengan Dazi.A..aku mahu kau yang menjadi kekasih aku..."
Angin bertiup dengan kuat.Zama tergamam.Wajahnya jelas memaparkan perasaan keliru.Dia sememangnya telah menaruh hati terhadap Mel lama dahulu.Dia bukan keliru tentang perasaannya,tetapi keliru dengan perasaan Mel.Bukankah Mel terlalu mencintai Dazi.Tapi,kenapa sekarang Mel berubah hati?
"Tapi Mel,Dazi kawan baik aku.Tak mungkin aku akan rampas kekasih dia dengan sesuka hati.Dazi cintakan kau Mel.Aku..."
"Tolong...."Mel terus mencelah sebelum Zama menghabiskan bicaranya.Wajahnya ditundukkan ke bawah.Cuba menyembunyikan wajahnya yang sedih.Dia bersuara perlahan...
"...Aku tahu dia terlalu cintakan aku...Sebab itu aku tidak mahu lagi menjadi kekasih dia.Zama...Hanya kau saja yang boleh tolong aku.Tiada yang lain.Aku tak mahu Dazi akan terus menderita bila bersama aku...Sebab tu aku putuskan ingin bersama dengan kau..."
Zama terasa tangan kanannya disentuh.Dia melihat Mel sedang memegang tangannya erat.Dia terasa sesuatu yang kecil dan sejuk di telapak tangannya.Dia ingin bersuara,tetapi suaranya bagai disekat oleh sesuatu.Dia tahu itu adalah cincin percintaan Dazi dengan Mel.Nampaknya Mel begitu serius.Tapi apa sebab dia begitu bertekad untuk memutuskan hubungan dengan Dazi...?Secara spontan,tangan kiri Zama membelai rambut Mel.
"Aku terima..."
'Maaf Dazi...Aku tak bermaksud untuk merampas kekasih kau.Tapi kalau itu keputusan dia,aku tidak boleh bantah.Kerana...Aku juga mencintai dia...Seperti mana kau mencintai dia...' Mel terus berlalu sambil mengesat air matanya yang tidak sabar untuk gugur.Dia tidak akan menarik balik kata-katanya tadi.Dia tidak akan menyesal dengan keputusannya.Ini semua demi Dazi...'Maaf Dazi...Aku cuma ingin kau bahagia bila aku tiada nanti...'
"Jadi...Ini dinamakan kawan?"
Zama terkejut.Dia tidak sangka Dazi berada di situ.Dazi pasti telah dengar dan lihat semuanya.Bukan setakat Dazi,kawannya yang lain juga ada.Dia tidak tahu
bagaimana ingin menjelaskan apa yang berlaku tadi.Mereka semua telah berjanji akan menjadi sahabat yang tidak pernah mengkhianati antara satu sama lain.
Que menghampiri Zama.Hidung mereka hampir menyentuh antara satu sama lain.Wajah Que jelas mempamirkan riaksi kecewa yang teramat sangat.”Kenapa,Mel juga yang kau nak?Bukan kau dah tahu Mel tu Dazi yang punya?”Mata Que tepat memandang anak mata Zama yang bewarna coklat terang.Zama tergagap..”A..aku tahu..”
“Sudahlah….!!!”Perbualan mereka terhenti.Dazi terus menolak tubuh Que ke belakang.Sekarang dia pula yang berdepan dengan Zama.
“Aku tak tahu apa yang kau fikir.Kau memang kawan yang tak guna!Aku percayakan kau selama ni..Tapi kau tikam aku dari belakang.Kau memang sial!”Perasaan Dazi tidak boleh dikawal lagi.Dia terus menolak Zama dengan kuat sehingga Zama tersandar di kereta dan menyebabkan badan belakangnya terasa sakit.
“Kau yang tak guna!Kalau betullah kau dengan Mel suka sama suka,kenapa Mel tinggalkan kau dan memilih untuk bersama aku!Cuba kau fikir,aku atau kau yang tak guna?!”
Tersirap darah Dazi apabila Zama berkata begitu.Sekali lagi dia menghampiri Zama dan terus menumbuk wajah Zama lalu kepala Zama terhantuk ke cermin sisi kereta.Zama tidak tahan dengan sikap Dazi yang semakin kasar.Zama bangun dan meluru ke arah Dazi lalu ditolak badan Dazi ke dinding lorong.Dia menahan dengan sikunya supaya Dazi tidak boleh bergerak.
“You damnfuck!Boobyshit!!Sepatutnya Mel bahagia bersama kau.Aku tak boleh lepaskan Mel kali ni sebab aku pun cintakan dia!Dia sendiri yang memutuskan untuk bersama aku.Apapun yang kau lakukan aku takkan serahkan semula Mel pada kau!Biarpun kau tak mahu jadi kawan aku lagi!!!Aku sanggup putuskan persahabatan ni untuk mendapatkan Mel!”
Mata Dazi berubah merah.Dia cuba menahan amarahnya.Que,Ian, dan Eji tidak tahu macam mana hendak meleraikan pergaduhan mereka.Mereka tahu,pergaduhan ini akan selesai jika salah seorang mengalah…Dan mereka berharap bahawa Dazi yang akan mengalah dan menghentikan pergaduhan.
“Kalau itu yang kau harap…Aku pun tak ingin kawan yang tak berguna macam kau.Kita putus!Persahabatan kita tamat di sini!Tapi,aku tidak akan berhenti untuk mendapatkan Mel semula!”Dazi menepis tangan Zama.”Mulai sekarang…kau bukan lagi sahabat baik aku…”
Kaki Dazi mula melangkah pergi.Perasaannya sudah hancur.Seumur hidupnya dia tidak pernah menangis.Tidak pernah sekali mengeluarkan air mata.Dia berjalan pergi sambil air matanya dibiarkan berguguran jatuh.Menangis kerana ditinggalkan kekasihnya dan menangis kerana meninggalkan sahabat karibnya.Dia memang seorang lelaki yang lemah!
Que,Ian dan Eji turut meninggalkan Zama keseorangan.Semua kesalahan dilemparkan pada Zama.Seolah-olah Zama lah puncanya.Zama terpaksa terima.Sepatutnya dia rasa gembira sekarang kerana dia telah dapat orang yang dicintainya,tetapi hatinya teramat sakit.Memutuskan persahabatan lebih sakit dari yang apa dibayangkan.Zama menumbuk dinding sehingga tangannya berdarah.Dia terasa dirinya amat bodoh.Saat itu hujan mula turun dengan lebat.Dia tidak tahu sama ada air yang hangat mengalir di pipinya itu air hujan atau air matanya sendiri.
* * * * *
Masing-masing merebahkan diri ke atas sofa yang bertampal-tampal.baju mereka basah lenjun.Kesejukan mula terasa tetapi mereka cuba bertahan.Kipas pula ligat berputar di atas siling sejak pagi tadi.Ian mula bersuara memecahkan kesunyian.Dia mengeluh lalu bangun dan duduk di atas lantai dan menyandarkan badannya ke sofa yang panjang.
“Zama kawan kita…Kita dah berkawan sejak sekolah rendah lagi…Aku memang tak mengharap langsung perkara ni akan berlaku..”Ian menunduk sambil memeluk lututnya.Bilik yang sebesar ruang dapur itu semakin dingin.Hujan masih tidak berhenti.Giliran Eji pula bangun dan duduk bersama Ian.”Aku tahu…Aku pun tak boleh terima semua ni..Kita memang dah lama berkawan dengan Zama.Selama ni Zama terlalu baik…”
“Kalau dia baik,dia takkan rampas Mel dari Dazi.Zama tu tahu pentingkan diri saja!Tak sedar ker kau orang?Selama ni kita semua dah tahu yang Mel cintakan Dazi.Tahu-tahu tadi Zama ambil cincin yang Dazi kasi dekat Mel.Kau orang pun nampak,kan?”Ian dan Eji terdiam.Ada betul kata Que,tapi entah kenapa hati mereka masih tidak berpuas hati lagi.Seperti ada sesuatu yang tidak munasabah berlaku.
Dazi tidak sanggup lagi mendengar perbualan sahabatnya.Apa yang mereka bualkan,pasti ada nama Zama.Zama…Zama…Zama…Dia muak dan benci dengar nama tu.Dia terus bangun dan keluar dari tempat lepak di atas kedai.Que tidak sempat menghalang.Dazi telah pun keluar.
* * * * *
"Sebenarnya aku masih tidak faham dengan perasaan kau...Mel,aku bagi kau peluang untuk tarik balik kata-kata kau semalam.Aku tahu kau masih cintakan Dazi...pasti ada sesuatu yang kau sembunyikan dari Dazi,betulkan?"
Air kopi semakin sejuk.Hampir setengah jam Zama dan Mel berada di gerai makan.Mel senyap dan langsung tidak menunjukkan apa-apa riaksi.Wajahnya jelas kelihatan sedih dan runsing.Soalan Zama dibiarkan seketika.Tangannya dari tadi tidak henti-henti mengacau air kopinya dengan sudu.Sehingga air kopinya tidak mengeluarkan wap panas,barulah dia mula bersuara."Aku sayang Dazi,Zama...Aku sayang dia..."
"Habis,kenapa kau nak putuskan hubungan dengan dia.Listen Mel,Dazi love you.He really love you!Aku terpaksa putuskan persahabatan aku dengan dia semata-mata sebab aku setuju dengan permintaan kau.Kau tahu,Dazi pasti rasa sakit hati dengan keputusan kau ni..."
"Dia lagi akan sakit hati apabila terus bersama dengan aku!Dia akan derita jika terus bersama aku...Aku tak mahu dia rasa semua perasaan tu..Aku cuma mahu dia rasa tidak dibebankan!"
Zama semakin tidak memahami maksud Mel.Dia tahu,masih banyak lagi yang Mel rahsiakan."Aku tak faham...Tell me,Mel!Tell me the truth,what wrong with you?I want hear your secret that you keep...Aku tahu...Pasti ada sebab kau buat semua ni.Mel...Aku kawan kau..Aku dah kenal kau lama.Malah lebih lama daripada Dazi kenal kau.Jadi aku tahu apa yang tak kena dengan kau."
Biarpun suasana di situ agak bising,tetapi Mel masih dapat mendengar suara Zama.Zama memandangnya dengan penuh perasaan.Zama memang seorang kawan yang
Memories Likes Tattoo
memahami perasaannya.Dia tahu,tak semua rahsia akan terus menjadi rahsia.Dia mengalah...
"Aku sakit Zama...Aku sakit...Aku akan mati tak lama nanti...Aku tak mahu Dazi lihat wajah aku ketika aku sakit...Aku sakit barah otak..."Dengan pantas air mata Mel laju mengalir ke pipi.Air matanya menitis masuk ke dalam air kopi.Zama terkejut mendengar pengakuan Mel.Dia tidak mampu berkata.Seolah dunia sedang berhenti buat sementara.Tetapi bagi Mel,dunia seolah tidak berhenti berputar laju dan dia merasa dirinya semakin hampir dengan kematian.
"3Bulan lepas...aku tiba-tiba pengsan.Badan aku jadi lemah...Ibu aku bawa aku ke hospital untuk buat pemeriksaan...Doktor kata...Aku dah lama menghidapi penyakit barah sejak empat bulan yang lepas.Mulanya aku tak percaya.Sejak permeriksaan hari tu...Aku kerap pengsan.Malah kepala aku semakin sakit seperti dihentak sesuatu.Doktor suruh membuat pembedahan tapi keluarga aku tak mampu membayar kos pembedahan..."
"Jadi doktor cuma beri aku ubat untuk memperlambatkan barah dari terus merebak.Tiga minggu aku memikirkan tentang hubungan aku dengan Dazi...Aku tak sanggup untuk terus bersama dengan dia.Aku tak sanggup nak beritahu dia tentang penyakit aku.Kalau aku beritahu dia,aku akan menambahkan beban dia sahaja!"
Sebak melihat keadaan yang dialami Mel.Patutlah Mel mengharap sangat...Mel tak mahu Dazi rasa terbeban.'Kau sanggup korbankan cinta kau supaya Dazi tak merana bila bersama kau.Mel,aku cuma mampu menolong ini sahaja.Bertabahlah Mel...'Zama mengesat air mata Mel dari terus mengalir.Kini,dia akan lupakan tentang cintanya terhadap Mel.Dia cuma mahu tolong Mel sahaja sekarang.Asalkan Mel bahagia...Dia sanggup lakukan apa sahaja.
"Aku tak mampu buat apa-apa...Tapi,aku akan cuba beri kebahagian kepada kau sehinggalah hari terakhir kau.Aku akan terus membuatkan hari-hari yang kau lalui seronok.Tapi...Aku tak mahu hubungan kita sebagai kekasih.Kekasih kau hanya Dazi.Aku tak layak mengambil tempat Dazi.Aku cuma boleh berlakon sebagai kekasih kau sahaja,asalkan kau berhenti menangis sekarang..."
Mel mengukirkan senyumannya.Zama lega.."Terima kasih Zama..."Tiba-tiba mata Mel terbeliak kecil."Dazi..."Zama pantas menoleh ke belakang.Dazi berada di dalam kereta bersama kawan-kawannya yang lain.Seraya Mel merapatkan kerusinya ke arah Zama.Dia berlakon seolah-olah dia bahagia bersama Zama.Mel menyandarkan kepalanya ke bahu Zama.Zama tersentak,tapi dia dapat memahami maksud Mel.Lagak selamba Zama menyentuh bahu Mel lalu mencium dahi Mel.
Mata Dazi penuh dengan perasaan cemburu.Dia meluru keluar dari kereta dan berjalan dengan pantas ke arah Zama dan Mel.Ian,Que dan Eji sempat menarik Dazi sebelum Dazi sempat mengamuk menolak kerusi dan meja.
"Puas hati kau,Mel!Bahagialah kau sekarang!Cinta kau tu mengarut!Kau sebenarnya tak cintakan aku!Fine,kau memang suka permainkan perasaan lelaki.Bitch!"
Mel tidak mampu bersuara.Dia ingin menangis,tetapi dia cuba memaksa dirinya supaya bertahan.Zama pula tidak sampai hati bila Dazi memaki Mel."Mel mamang tak pernah cintakan kau,Dazi.Mel memang sengaja nak mempermainkan kau.Kau sepatutnya sedar dari awal lagi!Tapi,jangan sesekali panggil dia bitch!Kau tu yang tolol!"Zama sengaja menambah amarah Dazi.
Memories Likes Tattoo
Dazi tidak tahan lalu ingin menumbuk sekali lagi wajah Zama.Malangnya Eji sempat menghalang.Hidung Eji berdarah.Dia memandang Dazi dengan wajah yang geram.”Aku dah serik dengan sifat panas baran kau!Biarpun Zama bukan lagi kawan kau,tapi Zama tetap sahabat aku!Kau sepatutnya terima keputusan Mel.Kau pentingkan diri!”Eji mengesat darah yang mengalir hampir ke bibirnya.
Giliran Ian pula bersuara.Dia juga tidak berpuas hati terhadap Dazi.”Jika betullah kau cintakan Mel,kau sepatutnya lepaskan dia dan biar dia bahagia bersama dengan orang yang dicintai.Zama tak salah.Mel yang ingin bersama dia.Jadi lepaskan Mel sahajalah!”
Semua sahabatnya berpihak kepada Zama.Que pula keliru tidak tahu mana satu ingin dibelanya.Dia hanya mendiamkan diri.Dazi memandang wajah Mel sayu…Perlahan-lahan dia menghampiri Mel.Dia menyentuh wajah Mel bagi dirinya itulah sentuhan terakhir.
“Maafkan aku Mel…Maafkan aku kerana tak mampu buat kau bahagia seperti mana Zama bahagiakan kau.Aku…Akan tetap cintakan kau…Memori kau bersama aku,akan takkan lupakan.Bagi aku,hidup bersama kau dah cukup buat aku rasa bahagia.Aku takkan ganggu kau lagi…”
Tangan Dazi terasa berat untuk melepaskan wajah Mel.Dia memaksa dirinya melepaskan sentuhan terakhir itu.Mel tidak dapat menahan sebaknya.Dia melihat Dazi pergi dalam kelompok orang ramai.Semua berasa sedih melihat kelibat Dazi pergi tanpa arah seperti manusia yang hilang kehidupannya.
* * * * *
Air pancut laju membasahi badan Dazi.Sudah dua minggu dia hidup tanpa teman dan kekasihnya.Setiap kali dia mandi dia pasti akan memandang wajahnya ke cermin.Dia akan menatap lama tatu yang berada di bahu kirinya.Tatu yang berlambang hati yang bersayap dan dua bentuk cincin yang serupa dengan cincinnya dan cincin Mel.
Semua kenangannya muncul saat dia memandang tatu tersebut.Tatu sememangnya tidak dapat dihilangkan dari tubuhnya.Dia terasa merana.Semua memori bersama Mel membuat dirinya derita.Memorinya bersama Mel tidak akan hilang selagi tatu itu berada di tubuhnya.Dia menumbuk cermin sehingga retak lalu berderai.
Kini sudah sebulan setengah dia menyembunyikan diri dalam biliknya.Tidak mahu bercakap dengan sesiapa.Dia sentiasa menangis dan terus menangis.Cintanya terhadap Mel masih tidak pudar.Malah hari berganti hari,cintanya masih bertambah.Dan dia dapat merasa Mel juga mencintainya.
Que pernah datang ke rumahnya.Tapi Dazi langsung tidak membuka pintu biliknya.Langsung tidak bersuara.Dazi akan sentiasa berulang-ulang menonton videonya ketika bersama Mel dulu.Dia tidak menghiraukan sesiapa lagi.Badannya mula susut rambutnya dibiarkan memanjang.Langsung tidak terurus.
* * * * *
"Apa dah berlaku ni??!"
Pintu bilik dibuka dengan kuat.Mata Ian melilau ingin melihat apa yang telah berlaku di bilik lepak mereka.Zama sedang berdiri di hadapan tingkap sambil menangis memandang Mel yang sedang duduk di bawah.Mel menangis tak henti-henti.Di tangannya penuh dengan rambut yang berguguran.Tak lama kemudian Eji datang.Eji terkejut dan ingin menghampiri Mel.Tetapi Ian menghalang.
Memories Likes Tattoo
"Biarkan dia menangis dahulu.."
Zama tidak dapat menahan perasaannya.Dia tahu masa Mel akan tiba tak lama lagi.Dia terus menuju ke pintu.Ian menghalangnya dari keluar.Wajah Ian kelihatan serius.Ian menyentuh bahu Zama."Kenapa kau rahsiakan daripada kitorang semua?Mel sakit,kan?"
Zama terus memeluk tubuh Ian.Dia tidak dapat hentikan tangisannya."Maaf...Aku cuma nak tepati janji aku pada Mel.Tapi aku sendiri yang tak setabah Mel.Aku tak sanggup lihat lagi...Aku perlukan korang untuk bahagiakan Mel bersama aku.Aku tak mampu bahagiakan Mel seorang diri..."
Eji mula mengeluarkan air matanya.Dia menerkup mulut sambil memandang Mel yang dari tadi menangis memandang rambutnya yang banyak gugur.Kepalanya hampir botak..Ian menepuk belakang badan Zama.
"Kitorang sentiasa akan tolong kau.Sepatutnya kau beritahu kitorang awal sikit...Mel sepatutnya mendapat kebahagiaan lebih awal.Dia tidak patut merasa sedih sekarang..."
"Mel!!!!"Tiba-tiba Eji menjerit.Dia terus meluru ke arah Mel yang telah rebah.Zama dan Ian terus mendapatkan Mel.Dengan pantas Zama mengangkat Mel dan membawa Mel ke hospital.
Sejak kebelakangan ini,Que jarang lihat Zama,Eji dan Ian melepak di bilik atas bangunan kedai.Malah dia tidak lagi nampak kelibat Mel.Dia mula rasa ada sesuatu yang tidak kena.Ian dan Eji selalu menghilang dari pagi dan malam baru muncul.Zama pula selalu mendiamkan diri dan menangis setiap kali datang ke bilik atas kedai.
Petang Sabtu hari itu,Que ternampak Eji dan Ian membawa bungkusan makanan dalam plastik untuk empat orang dan anak patung beruang bersama sejambak bunga menuju ke hospital.Hatinya tertanya,siapa pula kawannya yang sakit?Dia pantas mengekori Ian dan Eji dari belakang.Sehingga tiba di sebuah bilik,Que berhenti mengekori.Dia teragak-agak untuk masuk ke dalam.Dia cuma mengintai dari cermin pintu.
Que terkejut.Mel terlantar di atas katil dengan kepalanya berbalut.Mel sentiasa senyum dan ketawa.Ian,Eji dan Zama menyanyikan lagu yang mereka cipta bersama semasa pertama kali mereka buat band untuk menggembirakan hati Mel.Mel tersenyum sambil air matanya mengalir.Tiba-tiba Que terasa sebak.Dia tidak boleh menahan air matanya dari mengalir.Melihat Mel...Zama...Eji...Ian...Masing-masing bergantung sesama sendiri.Dia pula,langsung tidak ambil tahu tentang mereka.Que merasa dirinya seolah sahabat yang paling teruk!
"Aku tahu...Kabahagiaan sebenar bukan dari kita semua.Mel...kau mesti ingin berjumpa dengan Dazi buat kali terakhir sebelum pembedahan tu,kan..?"Zama menyentuh tangan Mel dengan lembut.Ian pula duduk menghadap Mel sambil mengusap dahi Mel.Eji...dia terus menangis di kaki Mel.
Esok ialah hari yang akan menentukan sama ada mereka dapat terus bersama Mel atau tidak.Hari yang menentukan sama ada memori bersama Mel berakhir ataupun terus tercatat bersama memori mereka.Mel memandang satu persatu sahabat setianya.Dia tahu,seumur hidupnya banyak dihabiskan bersama mereka.Hampir kesemua kenangan dan memori bersama mereka tidak kira yang paling sedih mahupun yang paling gembira.
Memories Likes Tattoo
“Aku memang ingin jumpa Dazi…Tapi,Dazi tak mungkin terima aku semula.Aku dah lukakan hati dia…Hati dia pasti sakit sampai sekarang…”
Que terus berlari menuju ke rumah Dazi.Dia ingin beritahu Dazi secepat yang boleh.Ini sahaja yang dia mampu tolong Mel untuk kali terakhir.Mel betul-betul teringin berjumpa dengan Dazi.Gilirannya pula menggembirakan Mel.Hampir pukul 7.30 malam baru dia sampai ke rumah Dazi.Malangnya pagar rumah Dazi berkunci,dan rumahnya kelihatan gelap.
Dia menendang pagar rumah Dazi dengan perasaan geram.”Mana pula mak ayah dia pergi sekarang…ARGGHH!!!!!”
“DAZI!!!!”
* * * * *
Eji,Ian,Zama dan Que menghantar Mel ke pintu wad pembedahan.Masing-masing mengalirkan air mata.Mel kelihatan tabah.Dia tidak ingin menangis dan juga dia tidak ingin takut.Semua sahabatnya menyayanginya.Dia harus berasa bahagia sekarang.
"Zama...Aku ada permintaan terakhir..."
Zama menatap wajah Mel.Dia mengusap-ngusap wajah Mel."Apa..saja..aku akan tunaikan.."Mel menyentuh tangan Zama yang mengusap wajahnya.Matanya mula bergenang dengan air mata."Aku cintakan Dazi...Aku nak dia tahu yang aku sentiasa mencintai dia sehingga nafas terakhir aku...Cincin tu...Aku nak kau beri semula kepada Dazi...cincin tu amat bermakna bagi dia...Tolong..."
"Dan...Terima kasih kawan-kawan...Aku harap memori bersama aku tidak akan hilang bila aku tak ada nanti."
Katil Mel terus ditolak oleh jururawat.Zama dan Ian terus melutut menangis.Ian meraung sekuat hatinya.Eji hanya berdiri dan menumbuk dinding dengan berulang kali.Que berlari keluar dan pergi ke rumah Dazi.Dia berharap mak Dazi ada di rumah kali ini.Kalau tidak...dia tidak boleh masuk ke dalam rumah Dazi untuk berjumpa dengan Dazi.
"Tolonglah makcik,Que...Dazi tak mahu keluar langsung dari bilik dia.Makcik risau sangat..."Wajah ibu Dazi jelas kelihatan bimbang.Que mengusap bahu ibu Dazi."Bersabarlah,makcik.Saya akan cari ikhtiar..."
Que menuju ke bilik Dazi yang berada di tingkat atas.Dia mengetuk pintu dan memanggil nama Dazi,tetapi Dazi langsung tidak menyahut."Tolonglah Dazi...Ini sahaja yang aku mampu buat untuk Mel.Mel perlukan kau Dazi...Dia akan mati...Dazi...!!!Mel akan mati!Dia teringin jumpa kau buat kali terakhir!Tolonglah keluar...Aku merayu..."
Que mula melutut.Tiba-tiba pintu bilik terbuka."Dazi..."Mata Dazi kemerahan seperti baru lepas menangis.Dazi terus berlari keluar.Dia terus berlari sambil air matanya mengalir.'Mel...tunggu aku...Tunggu aku Mel!!!'
Ian bermundar mandir di hadapan bilik wad.Eji tidak henti-henti menangis sambil menerkup wajahnya dengan tangan di kerusi.Mereka semua risau tentang keadaan Mel di dalam.Doktor dan jururawat mula mengelilingi Mel.Cahaya terang mula memancar.Air matanya mula mengalir.Dia terbayang satu-persatu wajah orang yang dia sayangi.Ayah dan ibunya...Kemudian sahabatnya...Zama...Eji...Ian...Que.............Dan Dazi...Semua kenangan bersama mereka terlintas di fikirannya.Dia tidak ingin hidupnya berakhir...Dia sayangkan semua orang...
Memories Likes Tattoo
"Dazi..."Itulah perkataan yang terakhir sebelum dia memejamkan mata setelah dibius dengan ubat tahan sakit.
"Aku nak keluar..."Zama berjalan meninggalkan ruangan bilik wad.Tiba-tiba dia ternampak kelibat Dazi yang sedang berlari.Dazi berhenti berlari dan dia mula berjalan apabila menghampiri Zama.Zama sempat manarik tangan Dazi.Dazi cuma memalingkan wajahnya.Dia melihat Zama meletakkan cincin Mel di telapak tangannya.
"Sorry for lying....Mel,really loved you a lot..."Kemudian Zama berlalu.Dazi tidak dapat menahan sedihnya.Dia menggenggam cincin Mel dengan erat.Dia menumbuk-numbuk dadanya.Dia terus menuju ke ruangan bilik wad.Dan saat itu....dia sudah terlambat....Tubuh Mel baru keluar dari bilik wad.Tubuhnya terlantar lesu di atas katil.Matanya terpejam rapat.Eji bingkas bangun.Doktor menuju ke arah Ian sambil menggeleng hampa...Ian terus melutut rebah.
Dazi terus-terusan memeluk jasad Mel yang tidak lagi bernyawa."Maafkan aku Mel...Aku betul-betul cintakan kau...I love you very much...Mel...MEEELLLLL!!!!"
-Tamat-
'Bagi aku,cinta ialah pertama...Tapi aku silap...Persahabatan lebih bermakna dari terus mengejar cinta aku.Mel...Hidup bersama kau dah banyak mengajar aku erti persahabatan.Cinta aku terhadap kau tak pernah berkurang biarpun kau tak pernah mencintai aku...Dazi...Aku masih ingin berkawan dengan kau semula.....'
~Zama~
'Biarpun aku seorang yang lemah dan hanya tahu bergantung kepada orang lain,tapi...Aku tetap ingin melihat sahabat aku bahagia bersama aku.Mel....Maafkan aku jika aku hanya mampu buat kau merasa secubit sahaja kebahagiaan.Aku berdoa semoga kau aman di sana...'
~Eji~
'Persahabatan bagi aku adalah segalanya...Tidak kira yang telah memutuskan hubungan mahupun yang hampir kehilangan...Aku cuma mahu setiap di antara kita melalui pahit manis bersama...Dan aku akan pastikan kau...Mel...Akan terus tercatat dalam kenangan persahabatan kita selamanya...'
~Ian~
'Diri aku...aku anggap sebagai sahabat yang sempurna.Malangnya aku salah...Akulah sahabat yang paling teruk yang pernah kau jumpa Mel.Tapi,aku dah tebus kesalahan aku dengan membawa Dazi berjumpa kau.Hampa...Kau pergi dulu sebelum kau melihat wajah Dazi buat kali terakhir...'
~Que~
'Sampai mati pun,nama kau tetap terukir di tubuh aku...Aku terlalu bodoh kerana mementingkan diri...satu-satunya sahabat karib aku,aku lepaskan pergi.Mel...kau banyak mengajar aku tentang kehidupan..Cinta dan kasih sayang...Aku tahu ia takkan pernah luntur dari hati kau biarpun kau tiada di sini.Sesiapun pun pengganti...Kau tetap yang pertama...Aku cinta selama mana tatu ini masih hitam di badan aku,malah cinta aku
terhadap kau semakin bertambah hari demi hari....You're my heart....Selamat tinggal Mel....'
~Dazi~
'Apa yang aku mahu,hanya melihat dia bahagia...Aku buntu dan terlalu bodoh kerana meninggalkan dia...Satu-satunya hati aku...Terima kasih Zama...Kau banyak membantu aku dan menyedarkan aku bahawa Dazi betul-betul mencintai aku.Aku telah silap membuat keputusan.Sepatutnya aku terus bersama dia hingga riwayat aku yang terakhir....Tapi aku tak mampu...Semakin aku mencintai dia...Semakin dekat aku dengan kematian aku sendiri....Tapi aku tenang sekarang Zama...Kau telah tunaikan janji kau yang terakhir...Dazi...Aku cintakan kau...'
~Mel~
"Everybody....This song is created by Dazi,Zama,Eji,Que and me...And this song is for Mel...Mel yang berada di atas sana...Harap dia aman dan sentiasa memerhatikan kami...Mel...Kami sayangkan kau..."
Ian mula memetik gitarnya.Perlahan-lahan Eji memainkan drumnya..Que menunggu giliran dia untuk membunyikan gitar elektronik kesayangannya.Dazi mula membuka mulutnya untuk bernyanyi...
....Leave.....Yeah....Finally I realize that I am nothing without you...
I was so wrong,forgive me....
Ah ah ah ah....Ah ah ah ah...
My broken heart like a wave,my shaken heart like a wind
My heart vanished like smoke
It can't be removed like a tattoo
I sigh deeply as if ground is going to cave in
Only dusts are piled up in my mind..
-DAZI-
Say goodbye...
Yeah,I thought I wouldn't be able to live even one day without you...
But somehow I managed to live on (longer) than I thought...
You don't answer anything as I cry out "I miss you"
I hope for a vein expectation but now it's useless...
-ZAMA-
What is it about that person next to you,did he make you cry?
Dear,can you even see me,did you forget completely?
I am worried,I feel anxiety because I can't get close nor try to talk to you...
I spend long nights by myself,erasing my thoughts a thousand times...
-DAZI-
Don't look back and leave.
Don't find me again and live (on)
Because I have no regrets from loving you...
Take only the good memories...
I can bear it in some way
I can stand in some way...
You should be happy if you are like this
I become dull day by day (eh eh eh eh)
-Together-
Oh girl I cry...cry...
You're my all,say goodbye....
If we pass by each other on the streets
Act like you did'nt see me and go the way you were walking to..
-DAZI-
If you thinking about our past memories...
I might go look for you secretly...
-ZAMA-
Always be happy with him,(so) I won't ever get a different mind
Even smallest regret won't be left out ever!
Please live well as if I should feel jealous...
-DAZI-
You should always be like that bright sky,
like that white cloud..
Yes,you should always smile like that as if nothing happened!
-ZAMA-
Don't look back and leave..
Don't find me again and live (on)
Because I have no regrets from loving you...
Take only the good memories...
I can bear it in some way
I can stand in some way...
You should be happy if you are like this
I become dull day by day (eh eh eh eh)
-Together-
I hope your heart feels relieved..
Please forget obout me and live (on)
-IAN-
Those tears will dry completely...Yeah...
As time passes by...
-QUE-
It would've hurt less if we didn't meet at all (mm)
Hope you will bury our promise of being together forever!
Baby...!!
I pray for you...
-IAN,QUE-
Don't look back and leave..
Don't find me again and live (on)
Becouse I have no regrets from loving you...
Take only the good memories...
I can bear it in some way ( I can bear it in some way..!)
I can stand in some way...
You should be happy if you are like this
I become dull day by day (eh eh eh eh)
-Together-
Oh girl I cry...cry...
You're my all,say goodbye...bye
Oh my love don't lie...lie..
You're my heart....
Say goodbye.....
-ZAMA,DAZI-
*Lagu berdasarkan lirik lagu HARU HARU [Day by Day] 3rd Album dari kumpulan
Big Bang.
*Cerita ini hanya rekaan semata-mata.Tiada sesiapa yang terlibat.Harap tiada sesiapa yang terasa apabila membaca cerita ini.^-^ [peace no fight]
Created by
-AIN-
