ONLY YOU
Argh...Kepala aku serabut!!Kalau aku tahu perkara ni akan terjadi,aku takkan percaya cakap dia.Kenapa nasib aku sentiasa malang...Tak...Nasib aku tak malang,sekolah ni yang bagi malang pada aku.Tapi...apa punca sebab aku taknak tinggalkan sekolah ni?Soalan ni masih tertanya-tanya di dalam fikiran aku.Sehingga sekarang...jawapannya masih aku tercari-cari.
"Kau....!"
Hanya ayat itu sahaja aku mampu luahkan pada sahabat karib aku.Zack menunduk,dia rasa betul-betul bersalah.Apapun baginya dia puas!Akhirnya perancangannya selama ini menjadi realiti.
"Releksla...Aku memang minat sangat dengan Shasya tu...Aku tau ko ni ensem,so aku cakap kat Shasya yang ko mintak couple supaya Shasya dekat dengan ko dan aku...pun boleh rapat ngan Shasya gak.Kalau aku cakap aku yang mintak couple gerenti Shasya taknak kat aku punyer...Please...Ini impian aku terbesar yang pernah aku mintak kat ko,please..."
"Tapi ko dah tipu aku.Ko cakap nak guna nama aku dalam karangan,sebaliknya ko guna nama aku untuk surat cinta yang mengarut dan isi kandungannya pun ko tak kasi aku tengok."
Macam mana pun kau still kawan aku...Apa boleh buat,ini kali pertama dan kali terakhir.Aku menghembuskan nafas sekuat hati aku kemudian hirup udara sedalam-dalamnya.
"Ookey...kali ni jer.Lepas ko dah luahkan perasaan kat Shasya tu..aku terus mintak putus!"
"Cantik..!!!Fizan,balik ni aku belanja ko.Kat kedai mamak jer la."
Entah kenapa bila Shasya mengikuti aku tak kira kat mana,aku rasa rimas sangat sehinggakan waktu aku nak belajar pun dia ganggu ajak dating.Seminggu sudah berlalu..Aku rasa penat betul main permainan cinta ni.Aku pun nak ada buah hati yang betul...Er...tak..Fizan tak perlukan buah hati!
Balik dari sekolah,Shasya pasti tunggu aku dekat pintu pagar.Zack pulak macam angau tak reti duduk diam.Shasya melambaikan tangan tapi Zack yang membalas.Tiba-tiba...!Kenapa..kenapa hati ni berdegup kuat?Siapa gadis di belakang Shasya tu?
"Semalam Zack dah janji nak belanja kita makan KFC,betul tak Zack?"
"Tak sangka Shasya ingat lagi janji Zack.Jom la Fizan,awek ko dah tak sabar nak aku belanja dia."
"Eh..nanti dulu..Fizan,boleh tak kalau Chida ikut sekali?Setiap kali dating you boleh bawak Zack dan i boleh bawak Chida kan?"
Shasya bertanya dengan lagak manja sekali.Aku hanya mampu menyebut nama Chida kerana terpaku.Chida dihadapan aku hanya menunduk.
"Eh,Fizan?!"
Zack menolak bahu aku menyebabkan aku tersedar dari terus memandang Chida.Aku terus mengangguk.
Kenapa pulak ni..?Apasal Zack berjalan berdua-duaan dengan Shasya dan aku pulak.....dengan Chida?Melihat Zack dan Shasya saling tak tumpah macam pasangan bercouple,aku seperti terasa aku pula sedang betul-betul bercouple bila bersama dengan Chida.Perasaan ni tak ada bila bersama dengan Shasya.Sehingga tiba di KFC barulah Shasya beralih kepada aku.
Malam tu aku tidor awal.Satu hari suntuk aku berjalan ke sana ke sini semata-mata nak kasi Zack bersama dengan Shasya.Tapi...berbaloi jugak.Aku tersengih seorang bila menatap sekeping gambar pelekat.Gadis yang selama ni aku tak sangka dapat menambat hati aku.Menjelang esok hari,aku berpakaian kemas uniform sekolah.
Dan menjalani hari ini seperti biasa.
Setiba di sekolah aku berasa sedikit kehairanan.Ada sekotak hadiah di atas meja Zack.Hadiah orang kasi atau Zack nak kasi hadiah untuk seseorang?Aku malas untuk ambil peduli tentang itu.Waktu pertama sesi pembelajaran aku terpaksa menghabiskan satu jam itu untuk melengkapkan kerja khusus yang cikgu Aida beri.Sepatutnya cikgu Aida mengajar waktu ni,entah mengapa anak dalam kandungannya itu tak sabar-sabar nak keluar.
Dan sejak dari tadi Zack tak masuk ke kelas.Hanya begnya sahaja menggantikan tuannya.Kemana Zack pergi?Aku mengambil keputusan untuk mencari Zack.Biasanya tempat yang selalu dia lepak dekat tangga blokD,selang dua blok dari blok kelas aku.Jenuh jugak nak pergi sana sebab blok A tak ada koridor yang menghubungkan blok ini dengan blokD.Aku terpaksa turun dari tingkat 4.
Sekali imbas aku terpandang kelibat Zack di blokB...Tapi...Dia bersama Shasya dengan....Chida?Aku mengintai mereka disebalik kelas yang tiada pelajar di dalamnya.Mereka ketawa sakan.Entah apa topik yang seronok sangat sehinggakan ketawa tak ingat dunia.
"Lepas ni apa rancangan kau?Kalau terlalu lama biarkan dia tak tau apa-apa pasal rancangan ko terhadap dia rasa macam tak baik pulak."
Shasya memegang tangan Zack dengan selamba.Takkan Shasya memang menyukai Zack?Tapi sejak bila?Dan kenapa Chida bersama diorang juga?
"Itu terpulang pada Chida sama ada nak aku teruskan rancangan aku atau pun tak.Aku rasa bila semua dah selesai,baru aku bagi tau Fizan."
Zack memandang ke arah chida sambil mengangguk tanda inginkan jawapan.Chida menunduk,dia rasa macam bersalah pulak buat benda tu kat Fizan.Tapi hatinya tak berani berterus terang pada Fizan sebab tu dia minta pertolongan Zack.
"Aku tak kisah...kalau kau rasa elok teruskan..terpulanglah."
Di dalam kelas selepas waktu rehat habis Fizan tidak bercakap dengan sesiapa termasuk kawannya Zack yang satu tu.Zack menyedari kelainan pada kawannya yang ulat buku tu.Dia nak cuba menegur tapi dibiarkan,firasatnya mengatakan Fizan mungkin tension.Zack hanya selamba berbual dengan Fizan tanpa menyedari Fizan amat marah padanya.
"Hari ni jumpa Shasya lagi ek.Rasa rindu pulak."
Fizan tidak memandang wajah Zack.Rasa menyampah pulak bila tengok Zack berterusan menipu dirinya.Nampaknya Zack tidak menyedari bahawa dirinya sudah mendengar segalanya.Fizan hanya mengangguk.Dia sengaja buat tak tahu tentang perkara tadi,nak tengok apa rancangan Zack selepas ni.
Seperti biasa Shasya dan Chida sudah menunggu di pintu pagar sambil tersenyum ke arah Zack dan Fizan.Fizan masih bermasam muka.Chida terpaksa mematikan senyumannya.
"Petang ni kita pergi time square,amacam?"
Balik dari rumah terus Fizan masuk ke biliknya lalu menuju ke cermin.Dia menatap wajah Chida yang dilekatkan pada cermin.Dia mencabut gambar tu lalu dironyok kemudian dicampaknya ke lantai.Fizan menghempaskan tubuhnya ke katil.Dia menjerit sekuat-kuatnya.Nasib baik ibunya tak dengar kalau tak pasti bergegas naik ke atas.Badannya terasa letih akibat banyak berjalan di time square.Akhirnya dia tertidur...
"Fizan,aku nak berdua-duaan ngan Shasya kejap.Kau tolong temankan Chida.Pukul 5setengah kita jumpa kat sini balik,oookeeeyy?"
Zack terus mencapai tangan Shasya dan meninggalkan Fizan berdua-duaan dengan Chida.Walaupun Fizan sedikit berdebar,tapi bila teringat peristiwa di sekolah,debarannya terhenti serta merta.
"Kau nak kemana?Kalau tak nak pergi mana-mana kita duduk jer kat sini.Aku tak der mood nak berjalan."
Chida sedikit terkejut mendengar percakapan Fizan.Biasanya Fizan seorang yang lemah lembut dan bersopan santun.Tapi...Kali ni yang berada di depan matanya seolah-olah bukan Fizan.Dia hanya menuruti kata Fizan.
Fizan mencari kerusi lalu duduk di atasnya,Chida seperti kambing dicucuk hidung hanya menurut.Sekali lagi debaran terasa apabila Chida duduk di sebelahnya.Fizan menggeleng-gelengkan kepalanya untuk mencuba hilangkan debaran di hatinya.Tiba-tiba dia terasa satu tangan yang dingin menyentuh dahinya.Dia memandang Chida.
"Tak panas...pening ker?"
Suara Chida yang lembut tu telah melembutkan hatinya yang marah.Sekali lagi imbasan peristiwa di sekolah melintasi fikirannya.Fizan dengan kasar menepis tangan Chida.
"Tak payah buat-buat risau kat aku.Aku ni kan boneka korang!"
Chida mengerut dahi mendengar pernyataan Fizan.Dia tak memahami apa yang Fizan maksudkan.Fizan menjarakkan dirinya dari Chida.
"Jangan buat-buat muka.Fikir aku tak tahu rancangan korang?"
Kini Fizan berdiri pula.Nampaknya kemarahan yang di pendamnya mula membara sedikit demi sedikit.
"Selama ni korang permainkan aku..termasuk kau!Aku fikir kau seorang permpuan yang baik,tapi kau sama jer perangai dengan Zack.Gembiralah korang dapat tengok aku dipermain-mainkan.Lepasni aku diejek 'budak bertepuk sebelah tangan'tak pun 'pengacau'.Kemudian kau datang pujuk aku dan buat-buat simpati bila Zack dah cauple ngan Shasya.Pastu orang anggap aku cauple ngan ko pulak.Bagi diorang fikir aku ni playboy lantas semua orang tak mahu kawan ngan aku.Kau fikir aku tak tahu semua tu!."
"Dari mana kau dapat tahu semua tu?Kau dengar bebudak lain cakap ek?Kau salah..."
Fizan mendengus kuat.
"Aku tak salah..Aku dengar sendiri dari perbualan korang.Tak payah kau nak menipu lagi!"
Chida pantas menggelengkan kepalanya.Dia bangun merapatkan tubuhnya ke Fizan.Chida menunduk.
"Maaf...Aku tak bermaksud nak buat macam tu kat kau.Tapi,aku tak ada pilihan..Aku takut kau.."
"Sudahla..Dah puas aku dengar rayuan orang.Tak ada manfaat langsung bila aku berbaik dengan orang lain,makin mendapat bala ada la.Buang masa jer aku menaruh perasaan kat kau,berlagak macam perempuan baik konon..perempuan macam kau memang banyak kat dunia ni!Cakap kat Zack,aku bukan kawan dia lagi..dan jangan hampiri aku lagi faham?!"
Perbualan diakhiri dengan satu jelingan kasar Fizan.Chida tidak menangis malah dia hanya membiarkan Fizan pergi meninggalkannya seorang.
Bunyi handphone membuatkan Fizan sukar tidur dengan lena.Dia menutup telinganya dengan bantal.Dia tahu pasti Zack yang menelefonnya.Akibat terlalu bingit,Fizan mencapai handphonennya lalu menekan butang off dikepala handphone.
Tidak sampai satu minut,telefon rumah pula berbunyi.Dalam hati Fizan berdoa agar ibunya tidak angkat ganggang telefon.
"Fiiizaaan...!Kawan kamu,Zack,dia call ni..katanya emergenci."
Argh..!Aku dah agak dia akan buat macam tu!Huh..!Mesti nak mintak maaf dengan aku.Pergi matilah ko!
Seperti biasa setiap hari Isnin ada perhimpunan rasmi di dewan bola keranjang.Semua pelajar kesejukan kerana dewan dipenuhi penghawa dingin.Fizan duduk di dalam barisan sebelum semua guru hadir dan ucapan ketua pengawas diucapkan di atas pentas.Sesekali dia memerhati disekelilingnya,takut Zack akan menghampirinya.
Tanpa kesedaran Fizan,Syasha menghampirinya di belakang lalu menegur.Fizan menoleh.....Saaaapppp!!!Satu lempangan hebat dari Syasha tepat mengena di pipi Fizan.Fizan menggosok pipinya yang sakit.
"Kenapa dengan kau ni?"
"Kau ni lelaki yang lebih teruk dari Zack!"
"Ya..memang aku lelaki teruk!Kalau aku jadi baik tentu korang asyik pijak kepala aku.Ya..aku memang jahat!"
Berdengung satu dewan.Semua mata pelajar yang ada di dalam dewan bertumpu pada suara yang lantang itu.
Fizan terus berlari keluar.Dia sudah tak ambil peduli pada sesiapa yang memandangnya.
Bilik seni di blok D amat sunyi di waktu pagi.Lagi pun bilik seni ini sudah tidak di gunakan lagi.Fizan mencari tempat untuk bersembunyi dari semua orang.Pelik..kenapa bilik seni tidak berhabuk?Malah tersusun rapi.Fizan memandang bunga di dalam pasu di tepi tingkap.Fizan menghampiri...Bunga tersebut sangat subur,seolah-olah dijaga dan disiram setiap hari.Bau di sekitar bilik sangat harum.Tapi..banyak kain putih menutupi lukisan.Sungguh tenang sekali berada di dalam bilik seni.Tiba-tiba ada bunyi telapak kasut menghampiri bilik seni.Fizan cepat-cepat menyorok di dalam almari yang kosong.
Keadaan amat gelap menyebabkan Fizan tidak dapat melihat kelibat orang yang baru masuk.Bayang hitam itu menuju ke meja piano.Tangan yang lembut itu mula menekan keyboard lalu menghasilkan bunyi yang sangat merdu.
"Dedaun yang ikut,mengalir lembut....Terbawa sungai ke hujung mata...Dan aku mula takut,terbawa cinta...menghirup rindu yang sesakkan dada.."
Fizan seolah-olah terpana dengan suara yang mendayu-dayu mengikuti tona lagu.Dia pasti,suara tersebut milik seorang gadis.Mata Fizan mula terpejam menghayati lagu tersebut.
"Jalanku hampa..dan kusentuh dia..Terasa hangat di dalam hati..Kupegang erat dan kuhalangi waktu..Tak urung jua kulihatnya pergi.."
"Tak pernahku ragu dan slalu kuingat..jelingan matamu dan sentuhan hangat...ku saat itu takut,mencari makna...tumbuhkan rasa yang sesakkan dada..Kau datang dan pergi oohh...begitu saja,semuaku terima apa adanya, mata terpejam dan hati menggumam...di ruang rindu kita bertemu...."
Akibat terlalu khusyuk mendengar lagu,Fizan tak perasan seekor labah-labah memasuki baju.Fizan terkejut lalu tertolak pintu almari dan terjatuh ke lantai.
Gadis tersebut berhenti dari bermain piano lalu menoleh kebelakang,seraya berkata dengan nada agak perlahan..
"Fizan..."
Fizan bingkas bangun.Saat matanya bertembung dengan mata dihadapannya...Chida..Dia hanya mampu menyebut dalam hati.Fizan menunduk..Chida turut menunduk.Masing-masing membisu.Tiba-tiba angin pagi yang tiup kuat masuk kedalam bilik seni menyebabkan kain putih yang menutupi lukisan tebang jatuh ke lantai.Fizan memandang lukisan di sekelilingnya...Kenapa?Kenapa...semua lukisan..semuanya..gambar aku?
"Maa..maaf.Aku tak berniat nak lukis gambar tanpa izin...kau.."
"Kau ni...aku tak faham..aku tak faham dengan kau."
"Aku...aku sebenarnya...suka....suka..."
"Jangan bagi tahu aku kau...sukakan.."
"Aku memang sukakan kau!Tapi..kau tak patut marah Zack.Zack cuma tolong aku,aku yang nak rapat dengan kau.Aku tahu perbuatan aku buat kau rasa benci..tapi,aku takut nak terus terang..."
Air mata Chida mula mengalir laju mencucuri pipinya.Fizan membatu...
"Dah lama aku perhatikan kau..Di perpustakaan...setiap kali kau baca buku,aku akan perhatikan wajah kau...huh...entah kenapa aku suka tengok muka kau yang tenang.Aku..minta maaf.Semuanya salah aku.Aku yang buat hubungan kau dengan Zack terputus."
Fizan mula melangkah setapak kehadapan...Perasaanya sekarang berbaur.Bersalah ada,berdebar ada...
"Aku yang..."
"Aku janji..takkan ganggu kau lagi."
Tak sempat Fizan membuka mulut,Chida terus berlalu keluar.Fizan mengeluh lalu menunduk menghadap lantai.Saat itu dia merasakan dirinya amat bodoh dan dungu sekali!
Dari tepi tingkap kelihatan Zack sedang termenung keluar tingkap.Memang sejak peristiwa dia telefon Fizan,Fizan langsung tak tegurnya.Dia rasa menyesal tak beritahu Fizan awal-awal tentang rancangannya sebenar.Argh...!Berat hatinya memikirkan perasaan Fizan sekarang ni.Fizanlah satu-satunya kawan yang paling baik dengannya.
Fizan mula duduk di sebelah Zack.Zack berdebar.Dalam hatinya berdoa agar Fizan menegurnya.Cikgu Ahmad mula masuk dan mengajar.Hati Zack hampa.Langsung tiada peluang untuk berbaik dengan Fizan.
Loceng kedua berbunyi tanda sesi rehat bermula.Fizan sengaja tidak keluar rehat.Zack tidak boleh berganjak dari tempat duduknya kerana ruang yang Fizan berinya untuk keluar amat sempit.Dia terpaksa duduk bersama Fizan.Suasana di dalam kelas begitu sunyi menyebabkan Zack tak boleh duduk diam.
"Er..Zack..Kau lapar tak?"
Tiba-tiba sahaja Fizan bersuara.Zack terkejut.Badannya kaku seketika.Mulutnya tertutup rapat.Matanya sedikit besar.Kemudian dia bersuara kecil.
"Mimpi ker aku hari ni?Sejak bila Fizan mula cakap dengan aku?"
Mendengar ayat Zack tadi,Fizan terus bangun.
"Sudahlar kalau taknak.Lagi pun aku memang tak ingin cakap dengan kau.Buang air liur aku jer cakap baik-baik dengan kau."
"Eh...aku memain je lar..Fizan..!Tunggu aku!Aku pun lapar gak ni..."
Keadaan kembali kepada asal.Mereka mula berkawa seperti biasa.Mendengar berita tentangnya,Chida mula tersenyum lega.Dalam hatinya,masih terselit perasaan suka terhadap Fizan.Apapun dia dah janji takkan ganggu Fizan lagi.Chida menghembus nafas hampa.Dia menuju ke bilik seni.
Setiba di bilik seni,Chida melihat lampu bilik seni terbuka,penghawa dingin terpasang.Siapa yang guna bilik seni ini?Hatinya mula merasa keraguan.Dia masuk kedalam dengan perlahan-lahan.
"Aduh...Susah betul aku nak buat..."
Chida terkejut.Fizan duduk di kerusi sambil tangannya memegang berus lukisan.Baju apron penuh dengan kesan cat.Mukanya comot.
"Fizan..Apa kau buat ni?"
Hati Fizan berbunga melihat Chida datang.Dia bangun sambil membuka apron lalu menghampiri Chida.Dia menarik tangan Chida dan menyuruh Chida duduk di kerusi.Kemudian Fizan kembali ke tempat duduknya.
Hampir satu jam.Chida langsung tak berasa penat.Malah hatinya berasa tenang melihat wajah Fizan yang tenang tak kira perkara yang dia buat itu susah baginya.
"Oookeyy!Siap!"
Chida menghampiri Fizan yang berasa puas menyiapkan satu lukisan.Secara tak sengaja Chida tergelak kecil.Kemudian tawanya semakin besar.Fizan sedikit terasa,dia menjeling tajam ke arah Chida.Susah payah dia melukis lukisan yang paling cantik yang pernah dia buat.Tiba-tiba dia terasa sentuhan lembut menyentuh dahinya.
"Lukisan ni...Adalah lukisan yang paling ikhlas yang pernah aku tengok..."
Chida melemparkan senyuman.Fizan mula tersipu malu...Apapun dia berjaya!
"Ni..untuk aku ker?"
"Taklah,lukisan ni untuk kekasih aku...........................................................Chida,maafkan aku....."
………………………………………TAMAT…………………………………………
